Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 16 Januari 2012

Ustaz bunga..memang aku suka

Adakah anda suka bunga?Dan adakah anda sering menghadiahkan bunga kepada kekasih anda ataupun isteri anda? Tak semua orang suka bunga. Ada yg menganggap bunga itu satu simbol kelemahan,pembunuh semangat dan keberanian. Betulkah begitu.

Disatu pihak ada yg menganggap bunga itu lambang kasih sayang, seorang yg berjiwa romantik dan lemah lembut. Biar apa pun pro dan kontra, tapi...bunga tetap bunga harum indah dan menawan.

Bunga juga lambang kemanjaan seperti mana seorang perempuan yang ingin sentiasa dimanjai suami. Setengah suami menyukai dan menyenangi isteri yang manja. Tapi ada pula sebahagiannya yang tidak menyukai. Ia menterjemahkan manja sebagai keanak-anakkan,cengeng dan kurang tegar mengharungi kehidupan.

Mungkin si suami akan jadi rimas kalau setiap kali mahu keluar khususnya di malam hari si isteri dengan penuh manja mengingatkan "Ling..pulang jangan malam-malam sangat,nanti masuk angin...hati-hati ya." Memang niat si isteri sangat baik tapi sampai si suami susah nak bergerak boleh menyebabkan rasa cuak pada hati suami. "Lepas dengar kuliah..abang terus je balik tau...ayang dah masakkan lauk sedap utk abang" Banyak lagilah ungkapan-ungkapan manja isteri yg mungkin disalah tafsir oleh si suami.

Bagi sesetengah lelaki ada yg tidak behitu menyukai wanita yg banyak gaya,kaya basa-basinya dan banyak tingkahnya, apalagi bermanja-manjaan tanpa mengira tempat.

Lalu mungkin maksud disebalik kemanjaan itu si isteri ingin mengungkapkan rasa cinta yg teramat sangat dan rasa cinta itu mampu menghias apapun agar kehidupan berpasangan akan lebih indah

Manja isteri boleh membuat suami takut menghadapi cabaran,takut berjuang,putus semangat. Bagaimana kalau suami nak berjuang..sang isteri berpesan "Bang...jangan cakap keras sangat dalam ceramah nanti orang marah,orang pulau kita " Si suami jadi takut berkata benar,menegur kemungkaran kerana pesan dan ingatan si isteri.

Allah menciptakan lelaki dan wanita memang untuk berpasangan. Perbezaan dua jenis manusia ini akan menjadikan hidup lebih dinamis. Ada hal yg tidak mampu dilakukan oleh lelaki tetapi mudah dilakukan oleh wanita. Ada di kalangan sifat-sifat wanita yg justeru menjadi pelengkap dan kekosongan sifat pada seorang lelaki...mungkin termasuk manja.

Hakikatnya Islam meletakkan satu dasar yang wajar, selagi mana tidak melampaui dan keterlaluan ianya boleh merosakkan kehidupan. Umar Al-Khatab pernah menyuruh salah seorang puteranya menceraikan isterinya kerana tersangat manja dan mengongkong kerana ia khuatir anaknya menjadi penakut dan malas berjihad.

Fikirkanlah tak semua orang suka bunga, tapi dari bungalah buah terlahir dan...dari bungalah taman menjadi indah dan seribu satu karya seni tercipta.

lalu orang bertanya kepada aku "Ustaz suka bunga" Ringkas saja aku jawab.' Suka..kecuali bunga taik ayam sebab baunya busuk" Ustaz suka perempuan yang manja??" "Ya..suka, kecuali yang gedik"
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan