Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 25 Januari 2012

Ulamak kontraversi Saudi...

Masih ingatkah kita bagaimana sheikh Ali Abd Razik di pecat dari Universiti Al-Azhar suatu ketika dulu rentetan kenyataannya yg kontraversi terhadap hukum Islam. Antaranya menghalalkan riba. Kini ada seorang lagi ulamak akhir zaman yang berani mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan perdebatan dunia terhadap hukum Islam.

Sheikh Ahmad bin Qasem Al-Ghamdi telah mengeluarkan beberapa pendapat yg tidak sealiran dengan para ulama Saudi, antara pendapatnya adalah

1-Tidak salah lelaki bercampur gaul dengan perempuan.
2-Tidak salah seorang muslim bermain dan mendengar muzik
3-Solat berjamaah hanyalah perbuatan sunnah dan bukannya satu kewajipan.

Umum mengetahui bahawa dunia akhir zaman telah mengubah warna dan corak kehidupan manusia. Kalau dulu waniita duduk di rumah sepanjang hari, kini mereka keluar bekerja untuk mencari nafkah membantu suami. Saya melihat bagaimana pergaulan itu terjalin. Ianya mesti dilingkungi oleh batas akhlak dan hukum Islam. Kalau sudah berdua-duaan ke tempat kerja atau bertepuk tampar dalam bergurau senda rasanya ini sudah melampau hukum Allah swt.

Bagaimana pula jika kita bercampur gaul lelaki perempuan sambil mendengar muzik. Ulamak tersebut tidak pula menyatakannya tetapi daripada apa yg dikatakannya kita boleh andaikan ianya tidak salah.

Bagaimana pula jika berhimpit-himpit lelaki perempuan mendengar konsert atau menaiki kenderaan awam.? Dalam bab ini, tidak ada orang yang berfikiran waras yang akan menggemarinya terutama kaum wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan