Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 8 Januari 2012

Tu dia...bolehkah solat hajat lepas Asar?

Dari Abu Hurairah r.a., katanya
:أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ
"Bahawasanya Rasulullah SAW melarang solat sesudah solat Asar hingga matahari terbenam, dan sesudah solat Subuh hingga matahari terbit." (H.R Bukhari dan Muslim)

------------
Dari 'Uqbah bin 'Amir Al Juhani r.a., katanya
:ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ"
Ada tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktu tersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua saat matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali."

Perkasa salah satu pertubuhan NGO melayu ingin menganjurkan solat hajat selepas Asar pada hari Ahad sebelum perhimpunan 901. Tak ada ke orang bijak pandai agama dalam pertubuhan ini yang boleh menasihati bahawa waktu tersebut adalah haram mengikut hadis Rasulullah saw utk mengerjakan sebarang solat sunat. Tak hairanlah akhir zaman kata Nabi akan lahir satu golongan umatku yg mengamalkan sesuatu apa yang aku tidak perintahkan.
.




3 ulasan:

  1. saya dengar, solat sunat melainkan solat sunat rawatib adalah dibenarkan selepas subuh mahupun selepas asar..

    sebagaimana seorang islam yg dihukum gantung, mengerjakan solat taubat (selepas solat subuh dan sebelum waktu isyrak), sebelum berjalan ke tali gantung..

    Wallahua'lam.. kalau salah, mohon betulkan..

    BalasPadam
  2. tapi, itu untuk situasi yang sangat terdesak.. contoh lain, solat sunat jenazah selepas asar.. kalau yg tak berapa penting, rasanya ada baiknya solat tu dibuat pada waktu yg lebih sesuai..
    apa2 pun, tindakan tersebut harus dimaafkan akibat kekurangan ilmu yg ada..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam