Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 2 Januari 2012

Tewasnya Hantu mak Limah

Misteri gangguan hantu yg menyerupai Hantu Mak limah terungkai apabila Ust.Nor Hasrul sari Perubatan Syifa Al-Ikhlas yg berpengkalan di Serendfah Selangor berjaya menangkapnya dengan menggunakan kaedah perubatan secara Islam. kejadian penangkapan ini berlaku di Kg.Temiang Marang Terangganu.

Usaha untuk menangkap jelmaan tersebut di rumah pusaka yg dimiliki oleh en Syawal Mazlan bermula jam 9 malam kerana detik itu bermulanya kehadiran makhluk persis spt Hantu Mak Limah sptmana dalam filem Hantu mak Limah balik Kampung.

Team wartawan Sinar harian yang tiba untuk membuat liputan mengalami kesulitan kerana kedudukan kampung ini agak jauh dan terpaksa meninggalkan kereta dan berjalan kaki untuk sampai ke lokasi.
Ketibaan wartawan disambut oleh bapa Syawaal iaitu Mazlan Ali (55) dan ahli keluarga terdekat selain beberapa penduduk kampung terdekat untuk menyaksikan sendiri penangkapan hantu yg menyerupai hantu mak Limah.
Secara tiba-tiba satu rasukan berlaku kepada adik Syawaal, Mat Ali (15th) yang secara tiba-tiba menangis dan tidak sedarkan diri. Ini diikuti oleh kakaknya Masliana yang seperti terasuk histeria apabila terpandang satu susuk lembaga berambut panjang duduk terjuntai di alang rumah.

Ust.hasrul yg berada dirumah berdekatan selepas menikmati makan malam bergegas pergi lalu terus memulakan proses menghalau makhluk halus tersebut. Pada masa itulah Masliana tiba-tiba menunjukkan aksi yang luar biasa. Membuika pencak silat utk bertarung dgn Ust Hasrul. kekuatannya persis seorang lelaki dgn langkah pendekar yang dimainkan
Namun dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Ust Hasrul melemahkannya dan dengan laungan azan makhluk jin yg menguasai waniti itu berjaya di tangkap dan disembelih secara kaedah kebatinan. Makhluk halus itu akhirnya dimasukkan ke adalm botol plastik.

Sesungguhnya bukan semua orang mempunyai kelebihan seperti Ust.Hasrol ini kalau berlaku pada diriku belum tentu aku dapat mendepaninya. hantu mak Limah bukak pencak silat pendekar aku bukak pencak langkan seribu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan