Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 2 Januari 2012

Amalina Pelajar Pandai 17A1 Tapi Sayang Culture ShocK!!

Seorang yang genius terpampang di dada akhbar dengan keputusan cemerlang 17A1 dalam SPM.Gadis bertudung tetapi kini telah mengubah penampilan dirinya spt gambar-gambar sosial beliau yg tak senonoh didedahkan dalam facebook peribadinya. Apa sudah jadi ni??Sampai begitu sekali mungkinkah ini yang dinamakan kejutan budaya.
Mak bapak cukup berbangga bila anak-anak dapat belajar di luar negara. tetapi hakikatnya jika si anak tidak memiliki asas agama yang cukup mereka mudah sangat tergelincir dengan kejutan budaya di luar sana yg boleh merosakkan iman dan akidah. Bukan tidak ada yang positif, terbang ke negara orang untuk menuntut ilmu dan pulang dengan kejayaan menabur bakti bersama ilmu dan sakhsiah yang tinggi.
Jika ini satu realiti yang berlaku pada Amalina Che Bakri satu perkara yang amat malang kerana beliau seorang yang genius tetapi tersilap langkah. Begitulah apa yang berlaku kepada Arif Alfian yang baru-baru ini melangsungkan perkahwinan gaynya semuanya ini menggusarkan hati ibu bapa yang ada anak menuntut di luar negara ataupun anak yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sana.

Buat anakku yang akan melanjutkan pelajaran ke Perancis hanya doa pada Ilahi dipohon agar di jauhi dari sebarang musibah dan kejutan budaya di negara asing.Kuatkan pegangan agamamu dengan bersolat penuh keikhlasan dan sentiasa berdoa. Kejutan budaya tidak mengenal mangsa. baik penuntut di Malaysia mahupun penuntut di luar negara sana.
Gambar yg tersebar dalam internet diakui betul oleh ibunya sendiri dan mengakui bahawa Amelina sememangnya tidak bertudung. Tudung hanya dipakai ketika zaman persekolahan Ibunya mengakui bahawa anaknya tidak liar seperti yg disangkakan. Saya bersetuju dengan ulasan dalam blog Al Banjari yg mengulas pandangan ibu Amalina mengenai isu sensasi ini antaranya

1. Apa ke jadahnya dia beli pakaian telanjang untuk anaknya?2. Kerana emaknya mengatakan gambar "peribadi" Amalina di"curi" dari laman Facebook. Mana ada yang peribadi kalau dah masuk Facebook?3. Itu gambar lama. Maknanya dah lama la kau sorokkan kemungkaran?4. Emaknya mengenali rakannya setiap seorang. Hukum jatuh halal bila memeluk bukan muhrim yang berstatus rakan?5. Kalau itu bukan gaya hidup bebas, itu gaya hidup apa? Islam?
Suka saya menyatakan di sini kalau dah suka sangat berfaebook, berjati-hatilah jangan sampai aib diri didedahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan