Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 4 Januari 2012

Lain lubuk lain ikannya

Memecahkan pinggan mangkuk Denmark

Orang Denmark menyambut tahun baru dengan memecahkan piring dan melemparkan ke pintu rumah jiran tetangga. memang pelik dan nampak kurang ajar tetapi itulah cara mereka meraikan sambutan tahun baru.
Mereka percaya akan mendapat keuntungan besar selama setahun...lagi banyak pinggan piring dipecahkan lagi banyak mereka mendapat keuntungan.

Memanggil Roh -Mexico
Ini berlaku di Mexico. Sambut tahun baru bermain dengan roh. Mereka memanggil roh "come here spirit" Saya ingat permainan ini juga pernah dimainkan oleh anak-anak muda kita suatu ketika dahulu. Mereka berkomunikasi dan memohon agar diberi kehidupan yg sejahtera.

Membakar orang-orang - Equador
Di Equadar lain pula caranya. Mereka menyambut tahu baru dengan membuat patung orang-orang. ia dibuat dari kertas surat khabar dari bilah kayu. kemudian mereka akan membakar orang-orang ini. Ia berlaku tepat jam 12 malam. Ia sebagai satu simbolik untukl menghapuskan semua perkara buruk yang telah dilakukan setahun yang lalu. Sebab itulah upacara ini dilakukan pada tiap-tiap rumah.

Bermalam di Kubur -Chile
Di Chile tempatnya di taica ada tradisi unik. Warga Taica menyambut tahun baru dengan bermalam di kuburan keluarga yang telah mati secara beramai-ramai. Mereka datang dengan membawa muzik klasik yg menggamatkan keadaan. mereka percaya orang yang telah mati juga menunggu saat menyambut tahun baru bersama orang yang hidup.

Seluar dalam dan baju dalam berwarna warni - Amerika latin
Penduduk Amerika Latin terutamanya Brazil Bolivia dan Mexico mempunyai cara yang sangat unik.Mereka akan keluar dengan memakai seluar dalam yang berwarna warni kerana kononnya nasib mereka akan lebih baik pada tahun ini. Biasanya mereka memakai seluar dalam merah atau kuning. Warna merah melambangkan kehidupan penuh cinta dan warna kuning pula untuk meraih kemakmuran dan kemewahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan