Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 18 Januari 2012

Air tulang pun air tulang lah...Kisah menyentuh hatiku

Malam ini aku menyampaikan kuliah hadis kepada jamaah Surau Tmn Desa Jaya terdapat satu hadis yg amat menyentuh hatiku. Rujuk dalm kitab Utruful Hadis (jld 1) m/s 89 di sana terdapat hadis Nabi yang menyatakan sesiapa yg suka memberi makan kepada orang fakir miskin mereka akan di sediakan satu bilik yg sangat indah. Apabila kita berada diluar nampak keindahan di dalam begitulah sebaliknya.

Apa yg menyentuh hatiku apabila aku terbaca coretan seorang penulis blog yg menceritakan pengalamannya dan ianya boleh dijadikan renungan kita bersama.

Aku telah menemui sebuah rumah yg usang.Rumah berdinding buluh dan tangganya batang kelapa. Beberpa orang anak kecil kelihatan berada di serambi dalam keadaan letih dan lesu. Aku hampiri mereka dan bertanya kpd yg paling tua diantara mereka iaitu seorang kakak yg berusia kira 11 tahun
"Mak pergi mana?""Mak pergi menoreh," jawabnya. "Bapak...?""Bapak pergi kerja...""Habis tu adik yg kecil siapa yg jaga?" Kelihatan seorang bayi kecil dlm lingkungan umur 5 bulan.
"Sayalah yg jaga adik."jawabnya perlahan. "

Aku menatap wajah si kakak "Awak ada berapa orang adik beradik? Soalku."Sepuluh""Adik ni yg ke berapa...? "Saya yg kelapan.."sambil matanya tunduk merenung lantai papan. Aku soal lagi "Abang kamu pergi mana..? "Tolong mak menoreh"

"Adik puasa tak hari ni.?"Pantas ia menjawab "Sama je pakcik, puasa ke tidak...kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya terus terang. Dadaku mula sebak dan terharu, lalu aku bertanya lagi "Adik ni bersekolah di mana..?"Saya tak sekolah ..mak dan babak tak mampu.." "bapak kerja apa.? "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa."

Budak itu memberi tahu, lebih baik bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih...ada saja orang yang hantar.

Aku berlalu dari situ dgn seribu keinsafan.Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu. Aku beli sekilo tulang dan di kedai runcit berdekatan aku membeli rempah sup dan 10 kilo beras utk aku sedekahkan kpd keluarga miskin itu. Melihat barang yg aku beli anak-anak ini menjerit kegembiraan "Yeh..yeh..yeh.!! kita dapat makan daging malam ini...!"

Aku bertanya kpd si kakak, mengapa adiknya sangat gembira terlompat-lompat. Jelas si kakak, sejak dari hari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang semula makan daging lembu..

Seminggu kemudian aku bertandang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat kedatanganku mereka sangat girang menyambutku di pintu rumah kebetulan pula ibu mereka ada di rumah. Sungguh menyedihkan cerita yg aku dengar dari salah seorang anaknya yang berumur 4 tahun ketika memberitahu kpd aku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yg aku berikan hari tu

Tiap-tiap hari mak buat sup...sedaplah pakcik" Aku bertanya kpd emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai seminggu.Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan pada anak-anaknya agar tidak membuang tulang yang telah dimakan. Dia kumpul semula kesemua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yg dia lakukan setiap hari.

Dia berkata"Kalau tidak dapat makan isi...hirup air rebusan tulang dah lebih dari cukup utk anak-anak saya. Dia orang suka sangat encik." Aku bertanya "Upah menoreh berapa makcik dapat?""Cuma 3 ringgit sehari"" Suami makcik ...?" "Kalau dia dapat ikan itulah yg dibuat lauk setiap hari."

Fikirkanlah kita yg mewah ini. Banyak yang kita bazirkan. Lauk pauk tak habis.... kita buang. Ikan dalam peti sejuk 3..4 hari di buang sebab dah kurang manisnya.Sesungguhnya kita akan lebih bersyukur apabila kita sentiasa melihat orang yang di bawah kita dalam kehidupan di dunia yang fana ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan