Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 24 Ogos 2011

Ayam pun dah pandai seksi...Jangan tengok





Bukan sahaja manusia yang suka mendedahkan aurat namun akhir zaman nie macam-macam berlaku. kalau nengok ayam nie bukan main seksi lagi berjalan sampai kucing pun naik seksa.



Sup spesial...dari China

Pengalaman saya ketika berada di Indonesia saya sempat berborak dengan seorang penarik beca di Bandar Djogjakarta. "Di sini darah binatang seperti lembu kambing diambil boleh dibikin keju kemudiannya di makan... digoreng sama sayur sengkong" Terkedu juga saya dibuatnya. Makan darah tetap haram walau dengan apa cara sekalipun.

Bagi orang kafir lantaklah apa sahaja mereka makan tak ada halal haram. Di China umpamanya sup darah menjadi kegemaran ramai




Manusia Pemakan bangkai dan najis manusia


Lelaki ini bernama Lagu Singgarimbun (52 tahun) Hobinya memakan bangkai binatang an najis manusia. Berasal dari Langkat Sumut dari dusun Sepirak. Menurutnya sudah 28 tahun menjalani kehidupan aneh itu.

ketika diwawancara oleh Pos Metro Medan mengenai kegemaran anehnya itu ayah kepada lima orang anak ini terdiam sejenak kemudian mengaku baru sebentar tadi dia memakan bangkai di tepi sungai

Meskipun sering memakan bangkai dan najis manusia namun lelaki misteri ini mengaku tidak pernah menghadapi masaalah kesihatan. Bahkan menurutnya bangkai yang dimakannya itu menjadi ubat bagi tubuhnya bahkan dia merasa semakin sihat.

Banyak bangkai yang telah dimakannya mulai dari bangkai ayam dan bangkai haiwan yang lain tetapi yang pasti menurutnya yang paling enak dan lazat ialah bangkai yang berulat bahkan ia juga memakan bangkai ayam dengan bulu-bulunya sekali. Menurutnya lagi ia memakan bangkai dan najis manusia secara sembunyi tidak ada sesiapa yang mengetahui hatta ahli keluarganya sendiri.

Di dalam al-Quran memakan bangkai dan darah adalah diharamkan sama sekali bahkan Rasulullah tidak menggalakkan umatnya memakan organ binatang seperti hati limpa hempedu dan sebagainya.


Selasa, 23 Ogos 2011

Patutlah Kos mengerjakan ibadah haji semakin meningkat...

Pembangunan Mekah sepatutnya dikongsi bersama oleh umat Islam bukan dibolot oleh dinasti Raja Badwi sahaja. Setidak-tidaknya umat Islam tidak terbeban dengan kewangan yang tinggi bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Tetapi motif sebenar pembangunan tersebut seperti yang terjadi adalah kerana dorongan keuntungan kepada suku sakat Raja Badwi semata-mata.

Pembangunan di Mekah menyebabkan harga tanah melonjak lebih dua puluh kali ganda sejak sepuluh tahun lepas kepada purata $70,000 per meter persegi dan harga apartment sekurang-kurangnya $3 juta. Akibat dorongan mendapatkan keuntungan semata-mata, pemaju pembinaan tidak memberikan keutamaan kepada keperluan sebenar jemaah haji (tidak seperti didakwa pemerintah).

Kesemua pembangunan setakat ini hanya menumpukan kepada keperluan golongan berada dan hartawan, daripada gedung membeli belah ternama, restoran terkenal berada dalam mall hinggalah hotel-hotel berjenama antarabangsa (yang dikuasai Yahudi) yang mengenakan caj sekurang-kurangnya $700 semalaman.

Umat Islam amat berkira untuk berbelanja supaya tidak terbeli barangan buatan Yahudi tapi rupanya di Mekah uamt Islam berbelanja tanpa had di gedung-gedung dan hotel-hotel milik Yahudi! Siapakah yang menggadaikan tanah suci dan kiblat umat Islam ini? Inilah tahap umat Islam sekarang ini yang tergambar oleh Rasulullah s.a.w ketika hampir wafatnya beliau, ya ummati, ya ummati!

Yang jarang dilihat....

Gambar ini menceritakan segala-galanya bagaimana seorang gadis China bernama Feng Nao seorang gadis yang cantik dan berhati mulia ini. Menurut kenyataan kisah di dalam gambar ini:

"Sebaik saja hujan lebat turun secara tiba-tiba, seorang lelaki tua yang kurang upaya tidak berdaya bergelut di dalam hujan lebat untuk menyelamatkan diri. Ketika itu seorang gadis cantik yang membawa payung bergegas berlari di dalam hujan lebat untuk memberi perlindungan dan menjaga orang tua kurang upaya itu. Walaupun payung itu tidak cukup untuk melindungi diri orang tua itu daripada dibasahi hujan lebat, namun gadis itu tetap berada di sisi lelaki tua itu di dalam kebasahan hujan ...dan ia menjadi adegan yang paling indah di dalam hujan lebat itu."
Apakah akhlak seperti ini masih ada dalam diri umat Islam kini yang semakin terhakis nilai-nilai kasih sayang mereka. Kadangkala pelik juga bila sifat mulia dalam Al-Quran dicontohi oleh orang kafir sebaliknya sifat buruk jahiliah menjadi ikutan kepada sebahagian umat Islam.

Ahad, 21 Ogos 2011

Sempat berseloroh selepas dihukum


MARANG – Seorang peniaga yang dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan menyembunyikan mercun di dalam reban ayam sempat bersalaman dan berseloroh dengan wartawan bertanyakan bila berita mengenainya akan disiarkan.

Tertuduh, Yusof Awang, 53, berkelakuan demikian ketika dibawa keluar dari mahkamah itu selepas Majistret Nor Azizah Yusof mengarahkannya untuk menjalani hukuman tersebut.

“Berita saya akan keluar malam ni dekat TV ke? soalnya selepas dijatuhi hukuman semalam. - Kosmo

Kerana sering mengganggu, Jin di dakwa dimahkamah

Merasa terganggu oleh kerenah jin yang menghuni rumah mereka, sebuah keluarga di Arab Saudi mendakwa jin ke mahkamah. Jin dituduh telah mengancam kehidupan mereka dengan sering membaling batu ke arah ahli keluarga dan mencuri telefon bimbit milik keluarga itu.

Seperti dilaporkan oleh media tempatan Al Watan, keluarga yang sudah menghuni rumah itu selama 15 tahun di Kota Madinah, akhirnya pindah setelah menyedari bahawa ada jin di rumah tersebut.

Ketua keluarga yang tidak mahu disebutkan namanya ini mengatakan pada awalnya mereka mula mendengar suara-suara aneh yang tidak terlalu dianggap serius. Namun lama kelamaan semakin banyak perkara aneh terjadi dan anak-anak mereka mula ketakutan ketika si jin membaling batu. Jin wanita dan jin lelaki malah bercakap dan meminta keluarga ini untuk pergi dari rumah tersebut.

Kes ini sedang dibicarakan di mahkamah tempatan yang sehingga kini masih mengesahkan kebenaran tuduhan tersebut.

Entah bagaimana cara mereka melakukan pengesahan dan bagaimana nantinya mengadili jin yang jadi terdakwa.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Subhanallah... 76 Kristian Filipina Ucap Dua Kalimat Syahadat

REPUBLIKA.CO.ID, DUBAI: Rodelito, seorang warga negara Filipina yang merupakan penganut Kristen, mengenakan pakaian terbaiknya untuk menyaksikan perubahan hidupnya sendiri yang telah membulatkan tekad masuk Islam. Rodelito merupakan salah satu dari 76 warga Kristen Filipina yang masuk Islam.



Peristiwa besar tersebut berlangsung dalam acara Forum Ramadhan yang digagas Departemen Pariwisata dan Bagian Pemasaran Dubai pada Sabtu (13/8) pekan lalu. Dengan nada yang agak gugup, Rodelito dengan tegas mengucap dua kalimat syahadat, yang menjadi pembuka seorang menjadi Muslim, di atas panggung.

Ia pun langsung berganti nama menjadi Omar Penalber. Tak lama, seorang penceramah Filipina menuju ke arah mikrophone dan meneriakkan 'takbir'. Mendengar ajakan tersebut, para saksi yang hadir dalam acara tersebut merespon teriakan tersebut dengan mengucap 'Allahu Akbar.'

Banyak dari para Mualaf bertanya-tanya terkait isu-isu sosial seperti kenapa seorang Muslimah harus mengenakan Jilbab. Bagi mereka yang telah memeluk Islam juga mendapat sedikit bingkisan berupa, sebuah jam yang dapat mengumandangkan adzan saat shalat lima waktu tiba, sejadah dan parfume.

Rodelito mengatakan bahwa dirinya telah berpikir panjang atas keputusannya untuk masuk Islam. "Saya merasakan sangat baik," ujarnya dengan mantap seraya menaruh tangannya di dadanya.

Rabu, 17 Ogos 2011

Tidak sepatutnya kita marah..?

NONE

Kita marah/sensitif bila ada bukan Islam masuk/ziarah masjid/surau tetapi kita tak marah/tak sensitif bila ramai Muslim yang tak pernah datang masjid/tak bersolat.

Kita marah bila akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan artikel/gambar babi, tetapi kita tidak rasa apa-apa apabila ada akhbar berbahasa Melayu yang menyiarkan iklankeputusan judi-4D,Toto, Magnum dan sebagainya.

Selain mengharamkan babi, bukankah Al-Quran juga mengharamkan judi, atau kita hanya beriman dengan sebahagian Al-Quran dan meninggalkan yang selainnya?

Kita marah bila ada bukan Islam ingin mendekati Al-Quran, membaca dan memahami tafsirannya, tetapi kita tidak kisahpun bila ramai muslim yang bukan sahaja tidak faham, malah buta Al-Quran.

Senario seterusnya, apabila ada pihak yang mengeluarkan arahan (dengan bersandarkan dalil dan nas yang rajih) agar tidak diperdengarkan bacaan al-Quran sebelum laungan azan khususnya di waktu subuh, maka ramai yang menjadi hero dan bangun membantah dan marah-marah seolah-olah arahan itu anti-Islam, namun anehnya bilangan yang pergi ke masjid untuk solat subuh masih juga Ssedikit.

Boleh diperiksa di mana-mana masjid dan surau hanya ada beberapa saf sahaja ketika solat subuh. Di manakah hero-hero yang lantang berbicara tadi? Soalnya, jika arahan yang dikeluarkan bersandarkan nas dan dalil, kita yang membantah kerana ilmu atau apa sebenarnya?


Begitulah sedikit sebanyak senario ketidahfahaman masyarakat tentang syariat Islam menyebabkan kejahilan di dalam agama terus berterusan. Lebih membimbangkan jika tindakan orang yang jahil terhadap syariat Islam ini akan menjadi fitnah kepada agama suci ini manakala orang alim hanya menjadi 'penonton' apabila orang jahil itu memburukkan imej agama.

Sesudahannya, wajah Islam yang sangat indah dan cantik dipandang dengan jijik oleh masyarakat. Bukan salah Islam itu, tetapi salah umat Islam yang tidak memahami agama mereka.

Selasa, 16 Ogos 2011

Melampau sungguh...adakah buat sandal dengan benda nie..




Kapsul ubat kuat dari mayat bayi...

http://www.bagansiapiapi.net/pictures/forum/forum-2692-a.gif
Dulu kita pernah dengar heboh diperkatakan sup bayi digunakan sebagai ubat kuat di China. Kali ini beredar pulak kapsul yang dibuat dari daging mayat bayi. Ianya bermula di China kini merebak pulak ke korea
Selatan. Kementerian Kesehatan China kini telah membentuk satu pasukan penyelidik untuk menyelidiki peredaran kapsul yang dibuat dari daging mayat bayi tersebut. Pil yang didakwa boleh menambahkan kekuatan stamina badan. Juru cakap Kementerian Kesihatan, Deng Haihua, , mengatakan pihaknya telah membuat kajian terperinci mengenai keberkesanan pil bayi ini..

salah satu dari tiga jrangkaian tv korea Selatan, pada 6 ogos yang lalu telah menyiarkan filem dokumeteri kapsul dari China yang dibuat dari daging bayi.

Television itu juga memperingatkan bahwa kapsul itu telah digunakan oleh warga Korea.

Sebenarnya memakan uri bayi sudah lama diamalkan dalam tradisi masyarakat China dan di dalam pengobatan tradisional China. Uri bayi diyakini sebagai bahan sperma dan membantu serta melancarkan aliran darah. Di China, uri bayi menjadi milik ibu yang melahirkan.


Kementerian kesihatan China hanya akan menerima uri bayi yang dilahirkan bila si ibu menyumbangkannya. Berdasarkan aturan yang dikeluarkan Kementerian Kesehatan, tidak seorang pun diizinkan menjual atau membeli uri bayi apatah lagi untuk dikomesialkan sebagai ubat atau kapsul pemberi tenaga

Isnin, 15 Ogos 2011

2 Perkara Yang Membuat Kita Tidak Bersyukur

Syukur merupakan kualiti hati yang terpenting.Dengan bersyukur kita akan sentiasa merasa tenang, tenteram dan bahagia.Sebaliknya, jika kita selalu tidak bersyukur…Kita akan selalu merasa kurang dan tak bahagia.
Ada dua perkara yang selalu membuatkan kita tidak bersyukur.

Pertama :

Kita sering memfokuskan pada apa yang kita inginkan, bukan pada apa yang telah kita miliki.

Katakanlah kita telah memiliki sebuah rumah, kereta, pekerjaan tetap, dan pasangan yang terbaik.Tapi kita masih merasa kurang. Fikiran kita dipenuhi berbagai target dan keinginan.

Kita sangat obses dengan rumah yang besar dan cantik, kereta yang mewah, serta pekerjaan yang bergaji besar.

Kita ingin itu dan ini. Bila tak mendapatkannya kita akan terus memikirkannya.

Tapi peliknya, walaupun kita sudah mendapatkan apa yang kita citakan, kita hanya menikmati kesenangan sekejap sahaja.

Kita tetap tak puas, kita ingin yang lebih lagi. Jadi, betapapun banyaknya harta yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA” dalam erti yang sebenar.

Mari kita jelaskan pengertian kita mengenai ‘orang kaya’.

Orang yang “kaya” bukanlah orang yang memiliki apapun, tetapi orang yang dapat menikmati apapun yang mereka miliki.

Tentu sahaja kita boleh memiliki impian hidup, tapi kita perlu menyedari bahawa inilah akar perasaan tak tenteram.
Kita dapat mengubah perasaan ini dengan berfokus pada apa yang sudah kita miliki.

Cubalah lihat keadaan di sekeliling kita, fikirkan yang kita miliki, dan bersyukurlah.

Anda akan merasakan nikmatnya hidup.
Pusatkanlah perhatian anda pada sifat-sifat baik boss anda, pasangan, dan orang-orang di sekeliling Anda.

Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.

Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa bersyukur.

Ada cerita menarik mengenai seorang miskin yang mengeluh kerana tidak dapat membeli kasut, sedangkan kasutnya sudah lama koyak.

Suatu petang dia melihat seseorang yang tidak mempunyai kaki, tapi tetap ceria. Masa itu juga orang tadi berhenti mengeluh dan mulai bersyukur.

Kedua:

Perkara yang membuat kita tidak bersyukur adalah kecenderungan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain.

Kita merasa orang lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang yang lebih pandai, lebih kacak, lebih cantik, lebih percaya diri dan lebih kaya dari kita.

Rumput jiran memang sering kelihatan lebih hijau dari rumput di halaman rumah kita sendiri.

Ada cerita menarik mengenai dua pesakit rumah sakit jiwa.

Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil menjerit “Siti, Siti”.

Seorang pengunjung yang bertanyakan masalah yang dihadapi orang ini.
Doktor menjawab, “Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Siti.”

Pengunjug tadi mengangguk tapi semasa melalui bilik lain, dia terkejut melihat ada orang gila lain yang menghantukkan kepalanya di tembok dan berteriak “Siti, Siti”.

“Orang ini juga ada masalah dengan Siti?, adakah Siti yang sama?” tanyanya kehairanan.

Doktor kemudian menjawab, “Ya, dialah yang akhirnya berkahwin dengan Siti”.

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki.Oleh kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.

Bersyukurlah !

Bersyukurlah bahawa kamu belum memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan.
Seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan?
Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu. kerana itu memberimu kesempatan untuk belajar.
Bersyukurlah untuk jika ada masalah yang sukar. Di masa inilah kamu akan menjadi kuat untuk hidup.
Bersyukurlah untuk kebatasanmu. kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang.
Bersyukurlah untuk setiap tentangan. Kerana itu akan membangun kekuatan jatidirimu.
Bersyukurlah untuk kesalahan yang kamu buat. Itu akan mengajarkan pelajaran yang berharga.

Rasa bersyukur dapat mengubah perkara yang negatif menjadi positif.

Dakwah berkesan...Berkebajikan dan Berakhlak Mulia

Ulama-ulama tersohor zaman dahulu menyatakan bahawa dakwah yang paling berkesan adalah melalui kebajikan. Di zaman Rasulullah S.A.W, ramai yang tertarik dengan Islam kerana peribadi atau akhlak Rasulullah itu sendiri. Jelas, bahawa akhlak dan kebajikan adalah dua perkara paling utama dalam berdakwah.

Kristian, bolehlah dianggap sebagai agama yang paling dekat dengan Islam dari segi sejarahnya. Semua Nabi-nabi yang diiktiraf oleh Islam juga diiktiraf oleh Kristian kecuali Rasulullah S.A.W. Dan nampaknya, ajaran Islam mengenai kebajikan dan akhlak dalam berdakwah telah dikekalkan dalam ajaran Kristian, dan lebih dari itu mereka mengamalkannya. Malang sekali, Ulama Islam pula memilih untuk mengabaikan kedua-dua perkara ini.

Suka atau tidak kita tidak boleh menafikan bahawa mendiang Mother Theresa adalah lambang manusia mulia zaman ini beragama Kristian yang mengabdikan diri untuk berbuat kebajikan. Selain Mother Theresa, sesiapa saja yang rajin menonton National Geographic atau Discovery Channel pasti pernah melihat bagaimana mubaligh Kristian mengharungi belantara Amazon, Afrika dan serata dunia di mana seruan agama belum benar-benar sampai, semata-mata untuk berbuat kebajikan. Mereka membuka sekolah dan klinik untuk membantu masyarakat primitif mengenali tamadun dan kemudiannya, Kristian.

Ramai di antara mereka yang rela berkorban nyawa demi masyarakat tersebut.

Selain itu, mubaligh Kristian juga ramai yang menjadi sukaralewan di negara-negara yang menghadapi peperangan. Mereka melindungi anak-anak yatim mangsa perang di dalam gereja yang mereka bina di sana. Mereka mengabdikan diri kepada masyarakat setempat, meninggalkan keselesaan dunia sehingga mendapat penghormatan sebagai orang yang berilmu dan pelindung, kalaupun tidak penyelamat.

Hari ini, kita marah dengan mereka kerana berbuat kebajikan kepada saudara Islam kita. Hari ini, kita marah dengan saudara Islam kita kerana terlalu lemahnya akidah sehingga begitu mudah dipesongkan oleh mereka hanya kerana wang.

Benar, mereka salah kerana telah memperdayakan saudara-saudara Islam kita dan benar juga saudara-saudara Islam kita bersalah kerana begitu mudah terpedaya. Kita marah bila ada yang menyalahkan pentadbiran zakat. Kita marah bila ada yang menyalahkan pentadbiran Baitulmal.

Pendek kata kita marahkan segala-galanya kecuali diri kita sendiri. Kita tidak pula bertanya kenapa akidah mereka itu begitu lemah?

Seluruh masyarakat Islam sebenarnya bersalah kerana terlalu obses dengan luaran sehingga tiada lagi yang menumpukan kepada dalaman. Bagi kita, semuanya adalah berkenaan penampilan bukan penghayatan Islam.

Mengenal Allah membina akhlak
Menegakkan Islam harus bermula dari akarnya iaitu dari mengenal Allah sebelum kita beralih kepada perkara-perkara yang lebih tinggi seperti hukum hakam. Tetapi, ramai Ulama kita yang memperkenalkan hukum hakam dan dosa pahala terlebih dahulu kepada anak-anak kecil dan bukannya kepada Allah dan sifat-sifat Allah.

Kerana itu, ramai anak-anak Islam kita yang berpakaian Islam tetapi berpeluk-peluk lelaki perempuan di tengah jalan. Rata-ratanya, anak-anak perempuan Islam hari ini segan jika tidak memakai tudung kerana takut dimarahi guru dan ibubapa, tetapi tidak segan mempunyai akhlak buruk – bercakap kasar, tidak tahu menghormati orang tua, tidak tahu berkata terima kasih, tidak tahu meminta maaf malah lokek dengan senyuman.

Sedar atau tidak, masyarakat telah mengajar mereka bahawa penampilan lebih penting dari penghayatan lalu akibatnya ialah pengabaian terhadap akhlak. Akhlak telah disalahtafsir sebagai pakaian (tudung) semata-mata.

Semua ini mengundang pandangan sinis dari bukan Islam terhadap Islam menyebabkan mereka tidak tertarik langsung kepada agama kita. Oleh itu, apabila ada mubaligh Kristian yang lemah lembut bicaranya, sopan santun sifatnya mendekati mereka, maka mereka bagai dibawa ke dunia baru.

Apakah kita asyik menceritakan soal halal haram dan hukum hakam, mencari kesalahan pihak lain tidak mematuhi peraturan islam tanpa kita sedari ramai orang Islam yang masih tidak mengenali Allah.

Buktinya lihat apakah program yang dianjur dan dijamu saban hari di media massa dan media eletronik mengisi masa anak-anak muda kini yang kekosongan ilmu mengenal Allah. - KL-today"

"Tak Perlu Puasa Jika Tiada Orang!"

Suatu hari seorang murid datang bertemu dengan ustadznya lalu bertanya:.“Ustadz, boleh tak kalau saya tak payah puasa?” Si Ustadz yang sedang mengulangkaji kitab miliknya, terus memandang murid berkenaan dengan wajah yang pelik bercampur terkejut. Rasa macam nak marah pun ada. Namun, si Ustadz cuba bersabar sambil beliau mengurut dadanya.

“Kenapa kamu bertanya soalan itu?” Tanya si Ustadz.

“Alaa Ustadz, sengaja saya tanya. Mana tahu Ustadz ada jawapannya” jawab si murid itu tadi dengan gaya sedikit loyar buruk.

“Ooo…ada, ada. Ada satu keadaan yang mana apabila kamu bertemu dengan keadaan ini, kamu tidak perlu puasa. Malah lain-lain ibadah juga tak perlu.” Si Ustadz memberikan jawapan kepada persoalan murid itu.

“Masa bila tu Ustadz?” Murid itu teruja.

“Kamu tak perlu puasa jika tiada orang” Ustadz memberikan jawapan sambil mengangguk-angguk kepalanya perlahan.

“Ye ke Ustadz. Habis tu saya kena cari tempat yang takde oranglah ye Ustadz?” si murid meminta kepastian sambil membulatkan matanya.

“Ya. Contohnya apabila kamu masuk ke dalam bilik yang di dalamnya tiada orang, maka kamu tak perlulah puasa. Malah solat dan lain-lain ibadah pun tak perlu dilakukan.” tambah si Ustadz.

Keterujaan si murid itu jelas terpancar dari wajahnya, walaupun dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya itu. Terpacul kalimah “yes!!!” dari mulutnya antara dengar dan tidak.

Dua saat selepas itu, si Ustadz lalu berkata sambil mnyentuh bahu si murid itu:

“Dalam bilik yang kamu kata tiada orang tu, tentunya kamu satu-satnya yang ada di dalam bilik itu kan?” Si Ustadz menyambung.

“Ya Ustadz. Tinggal saya sahaja. Bolehlah tak puasa Ustadz kan?” Murid itu menjawab dengan pasti lalu meminta kepastian tentang perkara yang menjadi minatnya sejak awal perbualan tadi.

“Nanti dulu. Sebelum kamu mahu kata kamu tidak perlu berpuasa, kamu kena pastikan betul-betul tiada orang di dalam bilik itu. Cuba kamu cerminkan wajah kamu dahulu. Kalau imej dalam cermin tu menunjukkan bukan orang, senang cakap haiwanlah, maka kamu tak perlulah puasa. Tapi jika imej yang kamu nampak itu adalah orang iaitu manusia, maka kamu mesti menunaikan puasa dan lain-lain ibadah. Tak boleh tinggal!!!” jelas si Ustadz dengan nada yang lemah lembut tetapi tegas.

Si murid mengerut dahi, berfikir.

“Agak-agak apa yang kamu nampak? Orang atau haiwan?” si Ustadz terus menyambung dengan bertanya kepada murid tersebut dengan nada bergurau.

“Tentulah saya nampak orang, Ustadz. Takkanlah saya nampak haiwan…” jawab si murid tersebut dengan nada perlahan sambil menundukkan wajahnya. Beliau faham dengan mesej yang cuba disampaikan oleh Ustadznya itu.

Ingat tuan/puan sekalian, selagi kita ini bergelar manusia, maka selama itulah kita wajib tunduk dan patuh dengan kehendak pencipta kita, iaitu ALLAH. Haiwan tidak ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) ke atasnya akan segala perintah dan larangan Tuhan. Sebaliknya kitalah yang manusia ini mesti menjalankan semua perintah dan suruhan ALLAH `Azza wa Jalla. Serta menjauhi segala laranganNYA.

ALLAH Ta`ala berfirman:

“Dan tidak AKU jadikan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepadaKU” (Surah Adz-Dzariyaat, 51:56)

Fikir-fikirkan. Allahu A`lam.

Oleh: al-bahanj

Gadis pengsan setelah rakam gambar sedang mandi dengan tangan ‘lembaga’

Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.

Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.
“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.
“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.
Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.
Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.
“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.
Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.
Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.
Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.
Percaya atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.

Imam syok sendiri..

"Saya kalau nengok imam tu jadi imam saya akan lari pi masjid lain." Lalu saya tanya.."Pasai apaa? "Dia baca surah panjang ustaz. Ada ka patut solat subuh dia bantai baca surah Yaasin sampai ketaq (ketar) lutut saya" Inilah sabahagian rungutan yang saya terima dari jamaah muslimah di salah sebuah Masjid di kamunting ketika saya berkuliah di sana.

Imam jangan dok syok sendiri...ingat makmun sama. Di dalam satu berita kejadian ini berlaku di Makkah: Seorang imam mungkin akan diambil tindakan kerana sengaja memanjangkan bacaan dalam solat walaupun mendapat rungutan daripada jemaah.

Sheikh Bakur bin Hamid Mir, Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Islam, Bahagian Wakaf, Dakwah dan Bimbingan, cawangan Makkah telah menghantar surat kepada pengarah di Makkah untuk bertanyakan masalah yang dihadapi oleh jemaah tentang imam itu
.
Hanya terdapat satu masjid saja di daerah itu. Jemaah membuat aduan imam telah menolak permintaan mereka untuk memendekkan bacaan dalam solat sejak tiga tahun lepas.

Sumber berkata, pihak kementerian akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini dan cuba memulihkan hubungan antara jemaah dengan imam itu.

Jemaah berkata, ramai penduduk telah pergi ke masjid di daerah yang berdekatan ketika bulan Ramadan.
Sheikh Bakur berkata, imam tidak boleh membaca surah terlalu panjang dalam solat

12 perkara yang kita tak perasan di bulan Ramadhan

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
(Bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu.
(Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain .
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih .
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936).
Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat .
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur .
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat .
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka .
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Ahad, 14 Ogos 2011

Hak kebebasan wanita..sehingga wanita pun dah jadi imam solat

Beberapa waktu yang lalu, kita dikejutkan dengan berita Prof. Dr. Amina Wadud mengimamkan solat Jumaat dan solat-solat yang lain di USA. Lihat gambar berikut..


Kini di Kanada pula, kita di kejutkan dengan wanita menjadi imam solat jumaat.


Di kampung-kampug ada perkumpulan wanita yang memimpin bacaan tahlil aruah yang peliknya orang lelaki pun angkat tangan mengaminkannya. sedangkan dalam islam orang perempuan tidak boleh sama sekali menjadi iman. inilah padahnya kalau sikularisme telah meracuni pemikiran ummat...


Penerbangan Terakhir...

Maklumat Peribadi

Nama: Manusia. Bangsa: Tanah. Alamat : Bumi.

Maklumat Penerbangan

Terminal Berangkat : Bumi

Destinasi : Akhirat ( Tarnsit dalam Kubur ).

Masa Penerbangan : Tidak ada siapa yang dapat menentukan.

Masa Berangkat : Apabila Sakartul Maut menjemput.

Keperluan Yang Dibenarkan Bawa Bersama

2 meter kain putih dan amal soleh serta amal kejahatan.

Keperluan Yang Boleh Digunakan Setelah Sampai Destinasi

1-Sedekah Jariah.

2- Doa dari anak yang soleh.

3- Ilmu yang memberi manfaat.

4- Amal kebajikan yang dikerjakan oleh orang lain yang diajarinya.

Penerbangan Ini Amat Menakutkan Buat Mereka Yang Tidak Mematuhi Arahan Dibawah

1- Mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Allah SWT yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis.

2- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.

3- Berbakti kepada ibu bapa dan berhubung Silatul Rahim.

4- Berlumba-lumba mengerjakan ibadat-ibadat puasa, bebajikan dan amalan sunat.

5- Makan dan minum dari sumber yang halal.

6- Tidak panjang angan-angan.

Kepada mereka yang sudi dan tidak sudi meneruskan penerbangan ini, semuanya mesti membuat persediaan.

Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW serta Ilmu Allah SWT.

Talian untuk tempahan anda adalah percuma di seluruh dunia.