Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 19 Disember 2011

artis yang melakukan penghijrahan 2011


1-Abby Abadi bertudung ketika menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini...Moga istiqamah

2. Irma Hasmie

Siapa sangka, pelakon dan pengacara yang terkenal dengan insiden peluk dengan bekas kekasihnya satu ketika dulu ini akhirnya menerima hidayah untuk melakukan penghijrahan. Niat murni Irma untuk berubah mula timbul ketika beliau menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada awal tahun lalu. Sekembalinya ke tanah air, Irma terus tekad untuk mengenakan hijab.


Menafikan beliau memakai hijab semata-mata kerana fesyen, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini memberitahu penghijrahan yang dilakukannya ini adalah dengan niat yang satu iaitu berubah demi kebaikan diri.

Selari dengan imej barunya yang menutup aurat itu, Irma kini menjalankan perniagaan jubah secara online bersama dengan rakannnya, Ezuwan Ismail. Malah rezeki kerjaya seni Irma juga tidak tersekat selepas memakai hijab di mana Irma kini masih menerima tawaran berlakon selain menjadi pengacara program bual bicara di saluran TV Al Hijrah, ‘Assalamualaikum’.

3. Siti Nurdiana

Pelantun lagu ‘Cinta Hanya Sandaran’ ini mula mengenakan tudung sejak bulan Ramadhan yang lalu. Penghijrahan penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Nana ini dilakukan setelah beliau melihat ramai orang bukan Islam berminat untuk mendalami agama Islam dan mengenakan tudung selepas memeluk Islam.


Namun, sebab dan niat utama perubahan bekas isteri Allahyarham Faizal Yusof ini adalah kerana setelah memikirkan tentang tanggungjawabnya sebagai seorang wanita Muslim. Sebelum ini, ibu kepada Mohamad Rayyan Nakhaie ini pernah dikutuk kerana memakai pakaian menjolok mata selepas bergelar janda. Namun, kerana memikirkan anaknya yang semakin membesar, Nana akhirnya memilih untuk berhijrah ke jalan keredhaan.

4. Diana Amir

Penghijrahan pelakon muda ini berlaku selepas beliau mendapat beberapa petunjuk seperti sering teringat mati dan hari Kiamat. Mengakui berasa takut dan menangis apabila mengingatkan dua perkara ini, Diana cuba berubah namun hatinya ketika itu berbelah bagi kerana memikirkan banyak perkara selain belum bersedia sepenuhnya untuk melakukan perubahan.


Namun, setelah dua bulan memikirkannya, akhirnya hati Diana terbuka untuk bertudung litup serta menutup aurat pada September yang lalu. Menafikan mengenakan tudung atas desakan keluarga mahupun teman lelaki, Diana memberitahu niatnya untuk berhijrah hadir dari hati yang tulus dan ikhlas.

5. Daphne Iking

Tanggal 8 Januari 2011 merupakan detik penuh bermakna buat pengacara, Daphne Eleanor Iking di mana pada tarikh inilah beliau disatukan dengan suami, Azmi Abdul Rahman serta melafazkan dua kalimah syahadah. Menggunakan nama Dahlia selepas memeluk Islam, pengacara rancangan, Bella di ntv7 ini menerima pelbagai dugaan dari masyarakat sekeliling kononnya perubahan yang dilakukan atas dasar perkahwinan semata-mata.


Namun, penghjirahan terbesar wanita Mualaf ini bukan atas sebab perkahwinan yang ingin dibinanya namun kerana beliau mengakui tersentuh dengan kesucian agama Islam dan melakukan dengan ketulusan hati demi diri dan masa depannya.

6. Jojie

Kakak kepada penyanyi rock, Ella ini mula mengenakan hijab sebelum bulan Ramadhan yang lalu. Jojie atau nama sebenarnya Rozita Aminuddin ini memberitahu nawaitu untuk melakukan penghijrahan ini sudah lama terbit di sanubarinya.



Sumber http://bulanpurnama89.blogspot.com/2011/12/gambar-hijrah-artis-wanita-tahun-2011

1 ulasan: