Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 6 September 2011

Tidur Dalam Keranda Setiap Malam Jumaat

Selama 23 tahun, pada setiap Jumaat malam , Zeli Rossi yang tinggal di Minas Gerais, Brazil menukar tempat tidurnya dari tidur atas katil yang selesa kepada tidur di dalam sebuah keranda.

Kisah pelik Rossi ini, menjadi pengetahuan umum bulan lepas setelah cucunya menulis kisahnya di dalam akhbar sekolahnya.

Rossi mengaku kebiasaan anehnya itu dilakukan untuk menghormati temannya yang sudah meninggal.


Berdasarkan pengakuan Rossi, dirinya bersama seorang rakannya berjanji akan membelikan keranda kepada siapa dari mereka meninggal terlebih dulu. Rakan Rossi membelikannya keranda, setelah dirinya parah akibat kemalangan kereta pada tahun 1983 lalu.

Kemudian setelah rakannya meninggal pada tahun 1988, Rossi mula tidur di dalam keranda untuk menghormati rakannya.

Posted @ www.isuhangat.net.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan