Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 6 September 2011

Belut gergasi...Ustad man Mistik mesti suka


Sahabatku Ustad Man Mistik adalah penggemar belut. Sebut sahaja belut macam orang perempuan mengandung mengidam asam kelubi..kecur air liur. Aku memang tak makan apa juga spesis ikan air tawar. Apatah lagi spesis belut yang panjang macam ular.

Tapi aku akur belut memang memiliki pelbagai khasiat. Dan dikatakan khasiatnya setanding dengan ikan tenggiri. Ia juga boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan, selain menguatkan daya tahan tubuh, menyeimbangkan tekanan darah, menghaluskan kulit dan mencegah penyakit mata.

Belut sepanjang satu meter dan berat enam kilogram yang ditangkap penduduk kampung di Sungai Kitapol, Tuaran, Sabah, baru-baru ini. Belut itu yang dikenali sebagai ‘sinsilog’ dalam bahasa tempatan mempunyai bentuk tubuh bulat memanjang dan licin serta boleh ditemui di beberapa sungai di Tuaran, Penampang dan Kota Belud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan