Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 6 September 2011

Aduhai..pasai duit raya pun nak mengamok ke?

Sekarang ni anak-anak dah pandai. Duit raya seringgit dah tak pandang. paling kurang mau dua ringgit. Sembang dengan seorang pelajar tahun 3. "Ustaz...tok saya kedekut, duit raya kasi 50 sen je.."Saya jawab syukurlah dapat 50 sen ada yang dapat 20 sen....ustaz dulu dapat 5 sen seronok bukan main.

Memanglah zaman dah berubah. Harga makanan pun mahal, bagi saya yang berkemampuan bagilah lebih sikit...bukan apa hari raya adalah hari kegembiraan bagi kanak-kanak. Tapi malangnya ada juga ibu bapa yang lebih-lebih duit raya anak di sapu habis, dan ada pulak yang bergaduh pasai duit raya. Inilah dunia materialistik.

KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak berpuas hati enam cucunya hanya mendapat duit raya RM1 daripada ibunya, seorang warga emas berusia 60 tahun gagal mengawal diri apabila menyerang dua adik perempuannya dengan merosakkan harta benda serta menghamburkan kata-kata kesat berbaur ugutan dalam kejadian Jumaat lalu.


Difahamkan kejadian berlaku selepas lelaki terbabit yang berlainan bapa dengan mangsa naik berang apabila enam cucunya hanya memperoleh duit raya RM1 daripada ibunya berusia 84 tahun sebelum menuduh kononnya dua adiknya itu mengawal duit ibunya yang sudah uzur.

Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam di rumah seorang adik berkenaan, Noleha Sulong, 42, di Kampung Pengadang Baru, di sini, menyebabkan dia dan dan adiknya, Rokiah, 37, trauma serta hidup dalam ketakutan.

Noleha berkata, dia tidak sangka abangnya itu tergamak menyerang dia dan adiknya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan jumlah duit raya diberikan ibu mereka.

“Hairan juga saya dengan sikap abang yang tidak pernah berpuas hati dan berprasangka buruk terhadap kami adik-beradik, padahal bukan cucunya saja mendapat RM1, tetapi anak bongsu saya dan semua cucu lain turut mendapat jumlah yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan