Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 14 Mei 2011

Diari seorang ayah..diari seorang anak.

"Nanti Hari jadi Man ayah tolong belikan set pancing...pastu kita pergi pancing kat laut boleh?" Pujuk seorang anak. Sebagai memenuhi janji meskipun dalam kesebokkan si ayah membawa anaknya pergi memancing.

Sehari suntuk memancing mereka tidak mendapat sebarang ikan. Dengan wajah masam mencuka si ayah bergegas pulang dan si anak nampak biasa-biasa saja. Puluhan tahun berlalu, ternyata pengalaman ini dicatat dalam diari masing-masing. Di dalam diari si ayah tertulis "Hampehh...! sekor ikan pun tak dak. Boring betul..buang masa aku saja." Namun dalam diari si anak ianya agak berbeza "Syukur...ayah sanggup bawa aku pergi mancing, fuuh seronoknya dapat borak ngan ayah walaupun aku dan ayah tak dapat ikan."

Sesungguhnya dalam kesebukkan kita, kita lupa apa yang ada diminda anak-anak kita. Sesekali bawalah mereka keluar, berkelah, memancing atau yang berkemampuan bawak melancung nescaya anak-anak akan merasa damai berada di rumah. Cuba lihat hari ini, kenapa anak remaja kita suka lepak. Tidak betah tinggal di rumah mungkin kerana ibu bapa tidak meneroka apa yang ada dalam kotak fikiran anak-anak.
Wassalam renungkanlah

1 ulasan: