Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 9 April 2011

Sedapnya roti Benggali....


Dulu masak kecik-kecik dulu, ayah selalu singgah di Pekan Trong. Di sana ada kedai membuat dan menjual roti benggali. Rasanya agak kenyal dan mengenyangkan. Ia dibuat secara manual iaitu di adun menggunakan tangan.

Kalau nengok depa buat memangla tak lalu. Tapi bila roti ni dibakar, perghh...aromanya amat menyelerakan..Kalau nak dibandingkan rasa antara roti bengali dengan roti gardenia, bagi saya roti bengali jauh lebih sedap, beraroma dan padat, lebih-lebih lagi jika dicicah dengan kopi-o, terasa cair di mulut.

Roti bengali juga amat sedap jika dicicah dengan gulai semilang atau gulai ikan apa-apa pun. Ada jugak gemar di sapu dengan jem atau kaya kemudian cicah sikit dalam air susu, milo dan sebagainya. Hangpa tak pernah rasa hangpa tak tau nikmatnya....Hangpa kira ketucky fred chiken,pizza,hot dog,burger itulah makanan kegemaran anak muda sekarang nie.

Aku cerita pasai benggali nie bukan benggali kapiak tapi benggali Islam. Sekarang payah dah nak cari roti benggali buatan tangan...

2 ulasan: