Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 29 September 2010

VIRUS TIDAK PEDULISME

Rata-rata umat Islam hari ini melihat perjuangan di Selatan Thai lebih kepada menyelamatkan bangsa Melayu Pattani atas tiket nasionalisme. Oleh sebab itu, hilang rasa kebersamaan untuk berjuang membebaskan Pattani bersama-sama para mujahidin di sana. Lalu mereka mengambil sikap seperti enau dalam belukar, masing-masing melepaskan pucuk sendiri. Sedarlah umat Islam sekalian! Pergolakan di Selatan Thai adalah isu umat. Saudara kita di sana sedang berjuang menentang golongan yang mahu menukar agama mereka. Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari golongan mereka. Tidakkah kita gerun mengenangkan sepotong hadis baginda ini?

Sejak Nov hingga Dis 2009 dan Jan 2010, 10 kes pembunuhan orang awam telah berlaku. Ini bermakna, mengikut perkiraan mudah, satu pembunuhan setiap minggu. Sasaran adalah guru sekolah tadika, imam, bilal, ketua kampung dan penghulu...

1.PATTANI - Pada 21/7/2010 jam lebih kurang 6.30 pagi waktu Thai, sebuah kenderaan yang tidak dikenali telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah orang awam dengan senjata M16, di Kampung Bukit Lungor, Mukim Bothong, Daerah Nongcik, Wilayah Pattani. Seorang lelaki bernama Abdul Rahman bin Aweaderes, 33 tahun telah mati di tempat kejadian.

Anggota keluarga Abdul Rahman sedang meratapi kematianya telah ditembak oleh orang yang tidak dikenail menggunakan kereta bercermin gelap .. 8 das tembakan menggunakan senjata M16 ketika
Abdul Rahman sedang menunggang basikal .. 3 hari sebelum kejadian kereta tersebut sering berlegar-legar di hadapan rumah mereka ...

inilah realiti dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat melayu Islam Pattani yang sentiasa hidup dalam tekanan di negara mereka sendiri


KAMPUNG SLOW, 19 Mei 2010 - Seramai 300 orang askar telah bertempur dengan 6 orang kampung selama 7 jam bermula dari 11 pagi hingga 6 petang. Dua orang kampung telah meninggal iaitu Ibrahim Semae (26 tahun) dan Abdi Jeeyerae (umur 28 tahun).

Arwah Ibrahim Semae meninggalkan seorang isteri iaitu Rohimah Semae (23 tahun) manakala arwah Abdi Jeeyerae meninggalkan seorang isteri iaitu Sakiroh Sixutae (31 tahun) dan seorang anak Mustakin Jeeyerae (4 tahun).
KES LONTARAN BOM KE MASJID KAMPUNG TEBING TELUBAN (SAIBURI) PATANI

KECEDERAAN ANAK-ANAK YANG TIDAK BERDOSA





Bapa saudara Baldatee ketua kampung Kucing Lepas Narathiwat
mati ditembak semasa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah
selepas Baldatee di soal siasat oleh pehak tentera pada 2010

Jawari Rusdi (anak Yatim)
“ Ayah suruh saya dan adik pergi ke rumah jiran ketika askar-askar itu datang ke rumah saya. Lalu saya dan adik berlari-lari keluar dari rumah. Kami dengar bunyi tembakan dan jeritan ayah. Apabila askar-askar pergi, saya kembali ke rumah. Saya lihat ayah sudah tidak bernyawa lagi. Lehernyanya dicekik dan darah mengalir membasahi tubuh dari kesan-kesan kelaran,” cerita Jawari Rusdi, 11 tahun. Gadis kecil itu cukup tenang saat memutarkan kembali pita ingatan terhadap peristiwa pilu itu.







NARATHIWAT - Pada 15 Februari 2010, jam lebih kurang 7.00 pagi waktu thailand, di Kampung Kucing Lepas, M.4, T.Chalem, D.Ra’nge, Wilayah Narathiwat, telah berlaku serangan orang yang tidak dikenali anatara 5-6 orang, menggunakan senjata M16, menebak mati 2 orang kampung (ibu dan anak perempuan) sedang menoreh getah.

Ibu tersebut bernama Che’ Max Ha’yae (50 tahun) dan anak perempuannya bernama Bardatee Laboor (25 tahun). Selepas itu jam lebih kurang 6.00 petang waktu thailand,


di Kampung yang sama seorang lelaki bernama Abdullatih Banyok Kasih (35 tahun) sedang menggambil getah beku lalu ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali. Sebelum ini suami perempuan yang bernama Bardatee Laboor telah dibunuh.



21 Syawal 1431H.


Pengasas Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat sebagai Pondok Pak Teh, Tuan Guru Dato' Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman
(Gambar) atau lebih dikenali sebagai Pak Teh telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.00 pagi tadi selepas sesak nafas.

Pak Teh mendirikan pusat pengajian ini pada tahun 1967 dan lokasinya adalah berdekatan dengan perkarangan rumahnya. Pusat pengajian ini teletak di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam daerah Hulu Perak.

Pondoknya menjadi kontaversi setelah semasa 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak telah meluluskan sebidang tanah untuk membantu pondok sedangkan sekian lama dipohon semasa BN berkuasa sebelumnya tetapi tidak dilulus.

Pak Teh dalam kenangan :-

Pak Teh merupakan anak jati kelahiran Kampong Kuak Hulu, Pengkalan Hulu. Beliau dilahirkan pada tahun 1938. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dalam tahun 1947 hingga 1953 dengan menamatkan pengajian hingga darjah 5. Pada peringkat awal, beliau mula menghafal kitab-kitab agama dengan dibimbing oleh Ustaz Omar Mohd Noh.

Selepas itu beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat menengah di Sekolah Arab (sistem pondok) yang dikenali dengan nama Pondok Asam Jawa yang terletak di Pendang, Kedah antara 1956 hingga 1959. Pak Teh sebenarnya seorang pelajar yang pintar kerana beliau berpeluang melanjutkan pengajian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar tetapi tidak meneruskannya kerana kemiskinan. Kemudian Pak Teh meneruskan pengajian di Sekolah Agama Pondok Pasir Tumboh iaitu Sekolah ad-Diniah Bakriah, Kelantan selama lebih 9 tahun iaitu dari tahun 1959 hingga 1967.

Beliau sempat berguru dengan beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Haji Mohamad Saman, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Sulaiman Mohd Rabik, dan juga ulama-ulama terkenal yang bermastautin di Kelantan iaitu Tuan Guru Haji Mustafa, Tuan Guru Haji Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hashim Haji Abu Bakar.

Beliau telah dapat mengekalkan pengajian secara sistem pondok di mana pengajian ditumpukan dengan mempelajari kitab-kitab Thurath iaitu kitab-kitab tradisi Islam. Beliau adalah pakar rujuk dalam berbagai hal mengenai masalah agama. Mewarisi minat bapanya, Pak Teh juga minat bercucuk tanam dan berkebun buah-buahan. Minatnya itu juga kini tertumpah pada anak-anak muridnya dimana pelbagai jenis tanaman di tanam di pusat pengajian tersebut.

Selain dapat memanfaatkan tanah-tanah yang ada, tanam-tanaman ini juga dapat memberikan pendapatan sampingan apabila dijual. Antara tanaman yang ditanam ialah seperti ubi kayu, pinang, pisang, nenas, kangkung, bayam, sawi, tebu dan macam-macam lagi buah-buahan dan sayur-sayuran termasuk pokok-pokok akar kayu untuk perubatan.
Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Ad Diniah Al Latiffiah, bilangan murid yang menerima cara pendidikan yang diperkenalkan itu hanyalah seramai tiga orang. Kini setelah madrasah tersebut menjangkaui usia lebih 35 tahun bilangan murid yang belajar di situ melebihi 400 orang secara sepenuh masa.

Pak Teh merupakan ahli jawatankuasa Syariah Negeri Perak sejak dari tahun 1994. Pengetahuannya yang luas khususnya dalam pemakaian kaedah kitab Arab dan cermatnya beliau dalam mengeluarkan sesuatu usul atau pandangan telah banyak membantu perjalanan jawatankuasa Syariah dan majlis fatwa Perak.

Diatas sumbangannya yang besar, Pak Teh telah dianugerahkan kurniaan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan DYMM Paduka Sultan Perak ke 76 baru-baru ini. Istiadat pengurniaan tersebut telah berlangsung pada 19 April 2004 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Kebanyakkan pengajian ilmu dimadrasah ini adalah bersumber daripada Kitab-kitab Jawi yang lebih popular dikenali sebagai kitab kuning dan kitab-kitab Arab. Kaedah pengajian di madrasah ini yang berasaskan system pengajian pondok selalunya menggunakan 2 kaedah utama iaitu umumi dan nazomi.Selain itu juga kelas hafalan dipraktikkan secara meluas dalam sistem pengajian pondok. Antara kitab yang digunakan di Pondok Pak Teh ialah Minhajul Abidin(tasawuf), Mughni Muhtaj(feqah), Syuzu(nahu), Hadis Muwatta Imam Malik, Fathul Muin, Fathul Wahhab, Tafsir Nasafi, Ibnu Akil, Syarkawi, Usul Fiqh, Matan Zubad(feqah) dan Matan Majmuk Azhari.

SemugaRohnya ditempatkan bersama roh para Rasul dan Nabi, syuhada dan solihin diatas kegigihannya memperjuanbgkan agama Allah.....Al Fatihah..

Selasa, 28 September 2010

TEROWONG KEHIDUPAN.....


Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya.

Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya. Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita.

Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini." Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut

Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang. Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim rebut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.

Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari,semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang.

Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?" Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada." Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut- parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."

Muslimin dan muslimat yang dimuliakan, Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakan menjadi suatu kebiasaan (habit), kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara beransur-ansur menghapuskannya, tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedari diri ini melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta.

Kerana setiap kali kita bergelumang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut....
posted by Abu Mus'ab Mu'az

Jangan Bersedih...... Sekiranya Dakwahmu tidak di sambut



Mengajak manusia melakukan kebaikan dan menyebarkannya tidak patut dicemari dengan sikap 'Putus Asa'..kenapa?

- Bukan kita yang memulakannya. Kita hanya meneruskannya.

- Bukan kita yang mengakhirinya. Akan ada ramai lagi orang yang meneruskannya.

- Kejayaan tidak diukur dengan bilangan yang mengikut. Tapi ia diukur dengan usaha dan kesungguhan.

- Setiap pergerakan kita dalam menyebarkan kebaikan akan diberikan ganjaran...walaupun ia kelihatan sia-sia pada mata ramai manusia.

- Ketenangan yang diperolehi tidak dapat diganti bahkan terkadang tidak tergambar dengan kata-kata.

- Walaupun seorang sahaja yang mengikut..ia tetap hebat di sisi Allah SWT dan Rasulullah s.a.w.

- Walaupun satu perkataan sahaja yang kita sampaikan, ia cukup dihargai dan bertepatan dengan suruhan Nabi s.a.w.

- Percayalah, walaupun ramai yang tidak mengikut, tapi pasti ada seseorang yang mengikut dan mungkin kita akan hanya tahu selepas kita memasuki syurga Allah SWT ketika kita menerima hasil ganjaran dariNya.

- Ia membuahkan pengalaman...dan itu akan mematangkan kita.

- Amalan kita sedikit, mungkin sikap mengajak orang melakukan kebaikanlah yang akan membawa kita ke syurga.

- Orang kafir sendiri tidak putus asa dalam mengajak orang melakukan kebaikan...kenapa pula kita manusia beriman ingin putus asa?

Wasiat Imam Syafei


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang
dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu
orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu
bapa bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok
akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima
bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan
maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.._,_.___

Wasiat As-Syahid Hassan Al-Banna


1-Jika anda mendengar azan...bersegeralah untuk bersolat walau bagaimana sekalipun kesebokkan anda

2-Bacalah Al-Quran dan hayatilah isi kandungannya. jangan dipersiakan masa anda dalam urusan yang tidak berguna

3.Berusahalah untuk mempelajari bahasa arab kerana ia merupakan salah satu dari syiar Islam

4.Jangan banyak bertengkar dan berdebat kerana ia lebih banyak membawa keburukan

5-Jangan terlalu banyak ketawa kerana ia akan menghilangkan izzah pada sisi manusia

6-Jangan banyak bergurau senda kerana perjuangan adalah sesuatu yang serius

7-Jangan bersuara keras melebihi yang diperlukan kerana ia lebih menjerumuskan seseorang itu kepada 'sufaha' (bodoh)

8-Jangan mengumpat seseorang dan merendah-rendahkan seseorang dan jangan berbicara melainkan untuk kebaikkan.

9-Berkenalan dengan saudara dan teman yang ditemui sebab dasar dakwah ialah taaruf dan kasih sayang

Wasiat As-syahid Dr. Yusuff Azam


Wahai para ulama Islam
Maralah ke hadapan...dan pimpinlah generasi ini
Mereka sedang menuju kepada Tuhannya
Jangan menoleh pergi..
Janganlah bergantung kepada kehidupan yang sementara ini
Berwaspadalah dengan tawaran dari pemerintah yang zalim
Kerana...
Ini akan menyebabkan kegelapan dan kematian pada hati.
dan
menjadi penghalang di antara kamu dengan generasi ini.

Wasiat Abu Al-A'la Al-Maududi


Andaikata ada 100 orang para pejuang Islam
Pastikan salah seorang daripadanya adalah kamu

Andaikata ada 10 orang pejuang Islam
Pastikan salah seorang daripadanya adalah kamu

Andaikata hanya tinggal seorang sahaja pejuang Islam
Pastikan yang seorang itui adalah kamu

Tujuh Perkara...Anda akan jadi seorang yang bermotivasi



Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.

Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.

Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?

Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

01.Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper(politik etc), baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

03.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

04.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05.Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06.Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/850-7-perkara-yang-membuat-anda-bermotivasi-di-waktu-pagi.html

Isnin, 27 September 2010

NASIB MALANG SEORANG FAKIR...

Datuk Dipenjara 10 Hari Kerana Curi Makanan Untuk Cucunya

by HermanSamsudeen in Cerita Teladan, Keluarga&Masyarakat

Simpati dengan nasib datuk ini kerana beliau terpaksa merengkok selama 10 hari dalam penjara hanya kerana mencuri makanan untuk keluarganya yang hidup miskin ditengah Metropolitan ini. Nilai yang dicuri hanya RM99.22, tapi beliau terpaksa merengkok selama sepuluh hari.


Bagi orang seperti ini mereka tiada pilihan selain melakukan jenayah itu kerana kalau diminta pun, belum tentu tuan kedai bagi. Patutnya hal sebegini tak perlulah laporkan pada polis dan bawa kepada Mahkamah. Polis dan Mahkamah juga sepatutnya merujuk kes ini kepada Jabatan kebajikan masyarakat supaya keluarga mereka boleh dibantu, bukannya terus dihukum.

Dalam penjara mungkin datuk ini dapat makanan percuma setiap hari, tapi bagaimana dengan keluarganya yang masih susah? Masyarakat semakin hilang rasa kasih sayang dan mahu membantu orang-orang seperti ini.

Dalam undang-undang hudud Islam, pencuri seperti ini tidak akan dihukum potong tangan, malah WAJIB bagi pemerintah untuk memberikan bantuan kepadanya dan mengembalikannya kepada keluarganya. Tindakannya dianggap sebagai tindakan terdesak kerana kelalaian pemerintah menjaga kebajikan setiap rakyat. Pemerintah hari ini masih boleh makan mewah, tapi rupanya rakyat kita ada yang terdesak untuk mencuri kerana tiada makanan.

Tak Rasa Penat Ke??


"Ustaz tak rasa penat ke..?" inilah pertanyaan yang sering dilontarkan kapada ku. Malam tadi, soalan ini juga ditanya oleh seorang sahabatku setelah selesai mengendalikan usrah mingguan di tempatku.

Hakikatnya sebagai manusia, rasa letih penat suatu perkara lumrah. Bohonglah kalau tak penat.Kekuatan datang dari semangat. Orang yang bersemangat pastinya ia dapat melawan rasa letih.

Daku terbayang kegigihan seorang warga tua sanggup mengayuh basikal lebih kurang 3 kilometer semata-mata untuk pergi ke tempat pengajian. Lelaki berusia 70han ini mengerahkan seluruh kudrat yang masih ada bersama seorang cucunya walaupun terpaksa berpanas dan berhujan.

"Ustaz..selagi jantung saya berdegup,nadi saya masih berdenyut darah masih mengalir di jasad saya, saya mampu datang...saya tetap akan datang kelas ustaz. kecuali kalau saya tak ada tu bermakna ada keuzuranlah ustaz" Tersirap juga darahku dengan semangat kental yang ada pada diri orang tua ini.

Aku merenung dan terus merenung akan diri ini.Apakah kita boleh tertipu dengan masa. Adakah kita juga akan tertipu dengan keletihan. dan seterusnya apakah duniawi ini akan memperdayakan kita? 24 jam masa yang diperuntukkan Allah kepada kita sebanyak mana amal ibadah yang telah kita lakukan dan sebanyak mana pula kerja lagha yang kita habiskan.

Suatu ketika aku sempat mengunjungi seorang teman yang baru menghabiskan pengajian di Universiti Al-Azhar dan berkhidmat di sebuah sekolah agama rakyat."Saya tak sanggup nak mengajar di masjid takut depa tanya macam-macam. Mengajar kat sinipun dah sebok macam-macam nak kena buat. Saya tak dak masa ustaz" Terkedu juga aku dengan jawapan begini bila aku minta dia lapangkan sedikit masa untuk mengajar di masjid dan surau.

Rasanya ujian hidup akhir zaman ini sudah menjadi semakin rencam. Ulamak-ulamak warasatul ambiya' sudah banyak yang kembali ke rahmatullah. Tenaga dua't semakin berkurangan. Alasan yang diberi hanya satu...
Sebok...sebok....sebok

Wallahuaklam.

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK-ANAK


AMALAN UNTUK MELEMBUTKAN HATI ANAK-ANAK

CARA :

1- Baca ayat سورة الحشر : 24 – 21.(Surah Al-Hasyr ayat 21-24) dan tiupkan pada ubun-ubun anak.

2- Doakan supaya anak-anak anda lembut hati.

Maksud ayat-ayat tersebut.
21. Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.


22.Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

23. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Ahad, 26 September 2010

ENAM PERKARA YG SEPATUTNYA DISEBARKAN




1. Sesiapa tidak berilmu maka kehidupannya tidak dimuliakan di dunia dan di Akhirat.


2. Sesiapa tidak sabar diatas pedih dan susah terhadap bala serta maksiat yang menimpanya, maka tiada mendapat keuntungan kehidupan di Akhirat.


3. Sesiapa kurang akal dan bebal, maka tiadalah memberi manfaat yang ada padanya.


4. Sesiapa yang tidak takut dan patuh kepada arahan Allah SWT serta tidak meninggal tegahan Allah SWT, maka tiada kemuliaan baginya di sisi Allah SWT.


5. Sesiapa tidak menyuruh manusia kepada melakukan kebaikan, maka dia tidak akan mendapat kesenangan di Akhirat kelak.


6. Sesiapa tidak menerima teguran baik daripada orang lain, maka tiada hujjah baginya apabila berada dihadapan Allah SWT.


Kitab Muhimmah. m/s : 242.

Tabik Pada Wanita Ini..Moga Istiqamah


Jutawan Kosmetik Sendayu Tinggi

Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.



Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia.

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.


Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

Sabtu, 25 September 2010

Gaji RM9 ribu sebulan tak cukup lagi?

Oleh: ustnik

"‘Dia baru naik pangkat GM’ beritahu seorang sahabat. ‘Berapa gajinya?’ saya tanya. ‘RM9 ribu kot’. ‘Tapi isterinya kata tak cukup lagi.’ jawab sahabat itu. ‘Itu tak ada qanaah namanya, nafsu memang tak cukup.’ komen saya ringkas.

Perbualan seperti ini mungkin saudara pernah jumpa di mana-mana. Sahabat-sahabat SAS84 yang sebahagiannya sudah menjadi orang besar-CEO, GM, pegawai kanan dll pun biasa bertemu situasi ini. Atau situasi yang kena diri sendiri?

Saya tidak bermaksud mengata, tetapi dialog di atas berlaku di Kemaman, bukan di KL. Gaji suami RM9 ribu, gaji isteri sekian ribu. Anak hanya seorang. Tinggal di Terengganu. Masih tidak cukup?

Saya tahu tentang seorang yang bekerja di KL, gajinya RM4 ribu sebulan. Isteri pun bergaji RM4 ribu. Kata suaminya tak cukup. Anak 4 orang. Justru, cari kerja di luarnegara. Nampak logik. Tapi situasi pertama tadi?

Apabila nafsu besar, gaji berapa pun tak akan cukup. Nabi sudah lama menyebut: ‘Kalau manusia ada satu lembah emas, ia mahu satu lagi..’ dan begitulah seterusnya, tidak pernah cukup sehingga tanah menutupinya.

Kalau di KL, kos hidup, yuran, segala macam bil, hutang dan lain-lain yang memang menjadi keperluan. Kalau ada anak 10 orang, isteri seorang (ehem..) dikatakan RM9 ribu sebulan, boleh angguk juga. Tapi kes pertama rasanya geleng-geleng kepala.

Saya dahulunya pensyarah. Dengan taqdir Allah Yang Maha Mengetahui, saya ‘tidak lagi’ menjadi pensyarah. Sebahagian punca pendapatan saya hilang. Saya pernah berkata kepada diri saya: ‘Saya hilang kerja, tapi tak hilang rezeki’. Alhamdulillah sehingga sekarang masih boleh bernafas.

Saya ingat kepada hadis Qudsi yang menyarankan solat 4 rakaat sebelah pagi, Allah jamin rezeki hingga ke petang. Saya amalkan. Saya ingat kelebihan surah al-Waaqi’ah dibaca setiap malam, saya amalkan walaupun sesekali tertinggal. Saya syarahkan kepada orang lain supaya ada qanaah, saya cuba untuk amalkan. Alhamdulillah, kita kerja membanting tulang, rezeki Allah yang bentang, jiwa tenang.

Itu kita. Belum bercakap tentang mereka yang pendapatan bulanannya puluhan malah ratusan ribu. Pun tak cukup juga? Ya, yang tak cukup itu adalah nafsu BESAR. Justru, tak hairanlah Malaysia berada di ranking makin corot dalam isu rasuah.

Elok juga kalau dengar kuliah ini, ini dan ini untuk mengendurkan sedikit nafsu BESAR yang tiada hujung itu.

www.niknasri.com

"

Jumaat, 24 September 2010

Beraja di mata Bersultan di hati


Pukul pelajar kelas tahfiz

Harian Metro 24 Sep 2010

JASIN: Empat lelaki warga emas berlagak ala samseng apabila didakwa tergamak memukul empat pelajar pusat tahfiz di Taman Seri Merlimau, dekat sini, semata-mata kerana dihalang merobohkan tandas di asrama itu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, empat pelajar berusia 11 dan 14 tahun itu mendakwa ditendang, ditampar dan dipukul. Lelaki terbabit yang berusia 60-an didakwa datang ke Pusat Tahfiz As-Solihin bagi merobohkan tandas dan asrama pelajar. Bagaimanapun, lapan pelajar pusat itu pergi ke tandas berkenaan bagi menghalang mereka.

Difahamkan kumpulan lelaki itu datang ke pusat berkenaan bagi mengarahkannya dirobohkan untuk membolehkan tanah berkenaan digunakan pemiliknya.

Pelajar, Mohd Asyraf Yendri, 13, berkata, empat lelaki itu tiba-tiba datang memintanya serta rakan yang berada di tandas itu beralih. Mohd Asyraf mendakwa kerana dia dan rakannya enggan beredar, seorang daripada lelaki itu menendang peha kirinya sehingga dia terjatuh.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana beberapa pelajar senior di situ menolong mengangkatnya sebelum mendakwa lelaki itu menghalau mereka. Dia mendakwa, lelaki berkenaan membawa penukul dan besi pengumpil dipercayai bagi membuka dan merobohkan bumbung tandas.

Sementara itu, seorang lagi pelajar, Mohd Amri Roslan, 14, mendakwa lelaki berkenaan bertindak kasar dengan menolak pintu tandas yang terbuka ketika dia mahu menguncinya. Dia mendakwa ditarik seorang daripada lelaki terbabit yang memarahinya serta memukul belakangnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Katanya, pihaknya mendapati kes berpunca daripada pemilik tanah mahu mengambil alih tanah 0.6 hektar miliknya di pusat tahfiz itu.

“Kami mendapati pemilik tanah mengeluarkan notis tiga bulan untuk bangunan itu dikosongkan yang berakhir hari ini (semalam). “Kami memanggil pihak terbabit berbincang dan hasilnya, tempoh 30 hari diberikan. Jika gagal, pemilik tanah dinasihati mengambil perintah mahkamah bagi mengelak unsur jenayah,” katanya.

Beliau berkata, pusat tahfiz itu dibuka sejak enam tahun lalu selepas pemilinya mengamanahkan tanah berkenaan dimajukan untuk membina pusat kegiatan ilmu. Seorang lagi mangsa, Aminudin Asahari, 11, berkata mendakwa ditampar seorang daripada lelaki terbabit ketika mahu mempertahankan kemudahan di asramanya itu.

Dia mendakwa diarahkan oleh pelajar senior untuk ke tandas berkenaan bagi menghalang kumpulan lelaki terbabit berbuat demikian. "Saya menjalankan amanah yang diberikan dan saya perlu mempertahankan amanah yang diberikan," kata pelajar berasal dari Serkam Darat itu.

Beberapa pelajar turut mendakwa lelaki terbabit bertindak biadap dengan masuk ke dalam surau tempat mereka belajar hafazan al-Quran dengan tidak membuka kasut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, beliau mengesahkan menerima laporan mengenai empat pelajar tahfiz berkenaan dipukul sekumpulan lelaki dan pihaknya masih menyiasat dakwaan itu.

Mengulas mengenai kes itu, beliau berkata, sejurus mendapat aduan berkenaan pasukannya ke lokasi berkenaan bagi melakukan siasatan dan mendapati kes itu berpunca daripada pemilik tanah terbabit mahu mengambil alih tanah seluas 0.6 hektar miliknya di pusat tahfiz berkenaan.

"Kita mendapati pemilik tanah berkenaan sudah mengeluarkan notis selama tiga bulan untuk pentadbiran pusat tahfiz berkenaan mengosongkan bangunan itu. Bagaimanapun tempoh notis yang berakhir hari ini (semalam) dan mereka masih belum berpindah.

"Selepas mendapat penjelasan, kami memanggil wakil daripada kedua-dua belah pihak bagi membincangkan masalah itu dan keputusan yang dicapai adalah memberi tempoh 30 hari untuk mereka menyelesaikan masalah itu. "Sekiranya gagal pemilik tanah berkenaan dinasihatkan mengambil perintah mahkamah bagi mengelakkan unsur jenayah berlaku," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pukulpelajarkelastahfiz/Article

Kenali Kawan, Kenali Lawan


Sebuah perjalanan hidup.

Menempuh onak duri perjuangan.

Yang tidak mengenali arti belas kasihan....Nun di sana........

wajah wajah ceria kawan...Nun di sana jua....

wajah wajah hitam musuh......harus dikenalpasti

Dalam menukil kisah perjalanan panjang.....sebuah perjuangan

bicara teman

bicara musuh

wajar di asingkan

bicara teman

bicara lembut dalam renungan

bicara musuh

bicara keras dalam pemusuhan

Dalam menukil kisah perjalanan panjang.......sebuah perjuangan

kawan adalah perisai

lawan adalah senjata

yang mesti dibezakan

antara kebaikan yang dicari

dan kemusnahan yang dielak

Dalam menukil kisah perjalanan panjang.......sebuah perjuangan

bait bait serangan

harus ditujukan kepada lawan

tinta teguran halus

harus ditujukan untuk kawan

Dalam menukil kisah perjalanan panjang.......sebuah perjuangan

kenali kawan

kenali lawan

Berhati-hatilah Memilih Makanan...


Kita suka sangat makan nasi lemak. setiap pagi kita dapat lihat banyak gerai-gerai menjual nasi lemak. Mungkin ada di antara kita menjadikan nasi lemak sebagai makanan harian terutama diwaktu pagi.

Persoalannya adakah makanan ini sesuai untuk kesihatan. Sedangkan menjaga kesihatan itu sangat dituntut dalam ajaran Islam. Bayangkan hanya nasi sahaja sudah 389 kalori?bayangkan kita makan dengan telur,ikan bilis atau ayam..Sudah berapa banyak kalori..Dan ingat itu hanyalah sarapan pagi.Belum lagi makanan tengahari,minum petang dan makan malam..



ROTI CANAI
Satu keping canai mengandungi 301.5 kalori.Jadi kita telah pun makan 15% dari jumlah keseluruhan total kalori per hari.Tapi pertanyaannya,adakah kebanyakkan kita makan satu keping roti canai setiap hari??
Bagimana kalau dua keping?tiga keping?empat keping??
Kalau kita makan empat keping bermakna kita sudahpun mengambil 60% dari total jumlah kalori per hari.Betapa berlebihannya kita makan.Ini juga akan menyebabkan tingginya lemak dan karbohidrat dalam badan kita.Jangan kita lupa,tingginya lemak dan karbohidrat akan menyebabkan risiko penyakit jantung dan diabetes tinggi!





Makanlah ikut keperluan jangan makan ikut nafsu. Untuk penggemar roti canai dan nasi lemak,jadualkan lah pemakanan anda. Sekali sekala mungkin tidak ada masaalah... Tapi kalau setiap hari itu sahaja makanannya bimbang nanti seperti pepatah melayu ada berkata "Sudah tenhantuk beru terngadah" Mengawal lebih baik dari mengubati...

Wallahuaklam




Lu Fikirlah Sendiri...


Dalam sebuah kampung, ada sepasang kawan yang agak karib. Sorang nama Puzi dan sorang lagi nama Isa. Dua-dua orang ni masih lagi tak bekerja, asyik lepak kedai kopi janda milah main dam haji berpapan-papan.

Pada sebelah malamnya, seperti biasa mereka merayap-rayap untuk mencari rezeki terpijak. Mereka menuju ke rumah Pak Husin yang kini berada di Kuala Lumpur melawat anak cucunya di sana.

Sampai di depan reban belakang rumah Pak Husin, Isa bersuara...Pozi sungguh ke tak ada orang dalam rumah ni..? nampak lampu menyala je......"

Hang tok sah dok risau le..Pak Husin mana ada.. dia pi tengok anak cucu dia kat KL" Puzi memberi jaminan kepada Isa...

Mereka pun mulakan kerja, mencuri ayam Pak Husin... Setelah dapat sorang seekor mereka pun pulang sambil menyanyikan lagi "hoi hoi ya hoi"...

Esoknya, ketika Isa sedang mengasah parang untuk sembelih ayam yang dicuri, Pozi menyapa Husin...

"Hang nak buat apa dengan ayam tuu..?" 'Nak sembeleh le" Selamba je Isa menjawab..."

'Awat hang bengong sangat? bukankah ayam tu ayam curi pulas je tengkok ayam tu..Hang sembeleh pun tetap haram jugak sebab ayam curi" Isa garuk kepala...

Rancangan jahat dua sahabat karib ini diteruskan lagi. Kali ini kelaku mereka lebih berani, memecah masuk rumah Pak Husin.

Sampai dalam rumah, mereka curi apa sahaja yang senang di bawa asal boleh dijual kerana tiada barang kemas yang dijumpai. Isa terlihat senaskah Al-Quran yang begitu cantik dijadikan hiasan di atas meja yang teletak di tepi dinding.

"Benda ni kalau jual boleh dapat duit nih ?' Isa kemudian mencari sesuatu untuk dibuat alas..."Hang cari apa lagi?

Pozi bertanya kerana heran melihat Isa yang mundar mandir. "Ni ha nak cari kain buat lapik'
Nak buat apa kain lapik ..? " Bukankah pegang Quran kalau tak berlapik berdosa. nanti kena laknat dengan Quran...aku bukannya ada air sembahyang...sebab tuu la aku cari kain nak buat lapik nak angkat Quran nii..."

Inilah kalau tak faham ajaran Islam. Tengok artis dengan pakaian seksi,dedah aurat tetap cakap alhamdulillah bila menang sesuatu anugerah, hampehh sungguh

Babi Najis Mughalazah..Kenapa Manusia suka benda yang diharamkan Allah??

Hukum makan babi oleh orang islam........Ijmak ulamak kata HARAM!!

Walaupun ada kalangan yang nak berdalih bahawa....haram tu untuk DAGING BABI sahaja.......tulang, sop ekornya, hati,limpa dibenarkan.

Mereka berhujah menggunakan ayat 3 surah Al-Maidah menyebut lafaz `LAHMULKHINZIR' yang bermaksud DAGING BABI.....dan bukannya lafaz `KHINZIR'.........

Tetapi.........

kalau ikut Mazhab Zahiri (pendapat imam Abu Daud Al-Zahiri).......KULIT BABI yang disamak adalah suci berdasar zahir hadis yang diriwayatkan oleh ?? kalau tak silap Imam Bukhari yang bermaksud:

TIDAK HARAM kata mereka...........alasan mereka kerana:
apabila disamak kulit binatang maka sucilah ia'

DAN.......

kalau mengikut sesetengah ulamak yang mengambil kaedah ISTIHALAH ( konsep hancur zat).......... ektrak hormon, lemak babi atau apa jua bendalir babi (enzim) yang berubah secara chemical dan menjadi bentuk lain dikira SUCI dan HALAL........dan ini termasuklah UBAT INSULIN dan SABUN yang diperbuat dari lemak dan enzim BABI.....

Namun begitu IJMAK ulamak memutuskasn adalah HARAM makan BABI........dan ini meliputi.....hati,limpa, dan segalanya yang berasal dari babi......!!

Tentang Mazhab Zahiri yang mengatakan bahawa kulit babi akan menjadi suci dengan melalui kaedah SAMAK.....ini mungkin benar!! tetapi sucinya itu hanya setakat untuk disentuh, dipakai DAN BUKANNYA untuk dimakan!! Berapa banyak benda yang SUCI didunia ini TETAPI haram untuk dimakan..!!

CUMA......

Di sana ada perbahasan ulamak tentang ekstrak bendalir dan lemak babi yang mengalami proses ISTIHALAH.......adakah ianya menjadi suci dan boleh digunakan?????

Ada pendapat mengatakan yang pengharaman ke atas daging babi ini adalah rahsia Allah swt hingga kini. Mungkin ada sedikit sebanyak penerangan sains, tetapi tidaklah jitu sangat.

Pengharaman ini adalah menguji keimanan orang-orang Islam. Adakah kita makan mengikut nafsu atau kita makan menurut apa yang dibenarkan umpamanya ketika dharurat..dan setakat mana yang boleh dimakan. Sebagai seorang Islam, kita wajib patuh dan taat pada perintah Allah swt. Itulah yang paling utama. Banyak lagi makanan yang halal dan tidak meragukan.

Ini adalah kod-kod dalam label makanan...awas dengan kod-kod ini ni..ada lemak babi... teutama makanan bercoklat


E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,
E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.