Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 2 Disember 2010

Sombongkah kita...?

Sombongkah Kita Pada Allah...
Apabila selesai solat malas nak berdoa. Doa adalah permohonan yg kita munajatkan yang kita harap-harapkan agar ibadah kita diterima oleh Allah swt dan diberi kesejahteraan dunia akhirat. Memang sombong manusia yang tidak mahu berdoa.

Sombongkah Kita Pada Manusia...
Tangan dihulur...salam disambut tetapi mata memandang kelain.(banyak berlaku ketika solat jumaat atau majlis keramaian) Islam mengajar umatnya persaudaraan tanpa mengira kedudukan. Tangan bersalaman erat serta mata saling berpandangan senyuman terukir di bibir barulah ukhwah terjalin tanpa ciri-ciri kesombongan.

Sombongkah Kita Pada Allah...
Tiap kali solat bersendirian asyik pakai kain sarung tanpa baju janji tutup aurat. Tak malukah kita nak mengadap Allah dalam keadaan sebegitu. Memanglah solat kita sah..tetapi bila nak jumpa orang besar-besar atau majlis anugerah sanggup pula tempah baju yang mahal-mahal harga ratus-ratus.

Sombongkah Kita Pada Manusia..
Buat majlis kenduri jemput orang tertentu sahaja. Yang miskin,susah.. tolak ke tepi buat habiskan beras je. Orang kaya datang tentunya bawa hadiah atau sekurang-kurang sampul surat berisi..Sekira-kira dapat tampung balik kos kenduri yg dibelanjakan. Sememangnya kita sombong dgn manusia dan kehidupan kita tidak akan diberkati.

Sombongkah Kita Pada Allah..
Ustaz mengajar kitab Allah. Kalam Allah dibaca...ilmu Allah dikupas. Dia pulak bukan nak dengar kuliah.. asyik bersembang dengan orang disebelah. Tak hormat ustaz tak apalah jugak tapi lebih teruk lagi dia tak hormat ilmu Allah.Tak hormat ilmu Allah berarti tak hormat Allah. Orang yang tak hormat Allah adalah orang yang sombong dan layaklah baginya azab di akhirat kelak.

Sombongkah Kita Pada Manusia...
Dapat suatu pemberian tak pandai nak menghargai...'macam ni punya hadiah baik tok sah bagi...? Kecik hati si pemberi hadiah. Jiran bagi durian..."Jenuh dah makan durian semalam punya pun tak habis" Sombong punya orang. Hargailah pemberian orang walaupun kecil. Jangan tunjukkan sifat angkuh ketika senang,takdirnya kita jatuh susah miskin barulah kita tahu langit tinggi rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan