Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 3 Disember 2010

Jangan Jadi Seperti Kerengga ......

Semua orang kenal kerengga. Buat sarang di atas pelbagai pokok tanaman. Kalau buah mempelam ada sarang kerengga susahnya nak ambil buahnya. Kerengga ini menyerang secara berkumpulan. Dia menggigit dan menyemburkan air kencingnya,memang busuk pedih dengan bisa sengatannya.

Kadangkala ada manusia ni perangai sebijik macam kerengga yang buat sarang di atas pokok mempelam. Siapa yang tanam pokok mempelam tuu..? Kita yang tanam. Tapi bila masa kita nak ambik buah mempelam,bukan main lagi sikerengga tu... dia gigit kita…dia kencing kita.Dia anggap kta kacau rumah dia padahal dia tu hanya penumpang pokok yang kita tanam.

Akibatnya kita jadi marah. Kita jadi geram, kita tangkap kerengga satu-satu kita penyek-penyek dia. Ada yang lebih dahsyat sanggup bakar sarang kerengga kerana terlampau marah.

Begitu juga dengan manusia yang tak sedar diri. Ada yang berlagak seolah-olah dunia ni dia yang punya. Lalu dia tak bersyukur pada Allah. Dia lawan Allah. Dia tentang hukum Allah. Samalah macam kerengga tadi bilamana Allah swt murka Allah akan campakkan dia dalam api neraka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan