Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 3 Disember 2010

Banyaknya Kenduri...

Sekarang ini banyak jemputan kenduri kahwin.Kadangkala dalam satu hari ada lima atau enam jemputan yang perlu dihadiri. Serba salah juga dibuatnya.Namun begitu seperti dalam kita beribadat ada aulawiyatnya(keutamaan). Begitu juga dalam kenduri walimatul urus ada keutamaan yang mana perlu didahulukan dan yang mana perlu dikemudiankan dlm kita menghadirinya.

Keutamaan jika kenduri itu di kalangan ahli keluarga sendiri,kemudian diikuti jiran yang paling hampir dengan kediaman kita hinggalah seterusnya sahabat atau kenalan kita yang jauh. Pada saya jika kita mengutamakan untuk hadir lebih dahulu ditempat kenalan yang jauh kemungkinan boleh berlaku kita boleh terlepas dari menghadiri rumah jiran yang terdekat dengan kita ataupun majlis ahli keluarga kita sendiri. Ketidak hadiran kita mungkin membawa kepada cakap-cakap yang tidak sedap di dengar sama ada di kalangan ahli keluarga sendiri atau jiran kita

Sebab ituilah saya tegaskan bahawa dalam kita nak menghadiri satu-satu majlis kahwin soal aulawiyat perlu diambil kira untuk mengelakkan fitnah dan ghibbah.

Cerita bab kenduri kita tidak boleh mengabaikan pandangan Islam. Nabi suruh buat kenduri kahwin walaupun hanya memotong seekur kambing. Tetapi perlukah kita menghadiri majlis yang terlalu banyak perkara mungkar di dalamnya. Jawapannya tidak perlu. Apakah kita redha sambil makan kenduri sambil dipersembahkan joget lambak bercampur lelaki perempuan?Biarlah orang kata kita tak sporting dengan sesuatu majlis namun kita ada prinsip dan kita perlu menjaga maruah Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan