Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 2 Oktober 2010


Kehadiran Dajjal merupakan antara tanda besar bahawa hari kiamat semakin hampir berlaku. Dajjal pasti akan keluar menjelang hari kiamat bagi memesongkan ummat manusia agar semakin sesat dari landasan yang sebenar.

Justeru, kita yang berada pada zaman akhir usia dunia ini sangat-sangat wajar berhati-hati agar tidak ditipu dan didustai dengan fitnah dan tipu daya si Dajjal itu. Malah sekalian Nabi hingga Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu mengingatkan ummatnya agar berhati-hati dengan fitnah Dajjal.

Antara usaha yang dapat membantu kita agar terselamat dari fitnah Dajjal ialah:

  • Mempunyai ilmu aqidah yang mantap supaya dapat mengenal siapa ALLAH, kerana Dajjal pada kemunculannya akan mengaku dirinya sebagai tuhan. Dan juga mempunyai ilmu dalam mengenal ciri-ciri Dajjal seperti yang disabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.
  • Beramal ibadah dengan sebenar-benarnya menurut seperti yang disuruh ALLAH subhanahu wata’ala melalui teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Ini adalah perkara asas dan umum yang mesti kita lakukan, agar iman menjadi mantap.
  • Berdo’a kepada ALLAH agar dilindungi dari fitnah Dajjal. Aishah berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir, sebelum memberi salam:



Do'a yang diamalkan oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam agar dijauhi dari fitnah al-Masih Dajjal

  • Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahf. Dan mengamalkan membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat.

“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. (HR Muslim 809)

“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

  • Bersembunyi apabila mendengar khabar bahawa Dajjal sudah keluar. Atautinggal di Mekah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota suci tersebut.

“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. Demi Allah ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.” (HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)

“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah & Madinah” (HR Bukhari)

Semoga ALLAH Azza wa Jalla memelihara kita dari fitnah Dajjal dan memasukkan kita bersama golongan hamba-hamba yang diredhoiNYA, amin…

www.muzir.wordpress.com

Sumber: http://muzir.wordpress.com/2010/04/10/usaha-lindungi-diri-dari-fitnah-dajjal/

"

1 ulasan: