Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 2 Ogos 2010

Gajus di mana kau Gajus




Inilah buah kesukaanku pada era awal persekolahanku dulu. Buah gajus atau buah janggus banyak ditanam di persekitaran sekolah Sk Sg. Tinggi tempat aku menimba ilmu selama 6 tahun. Balik sekolah buah gajuslah jadi sasaranku. Kelemahan buah gajus ini ialah air buahnya bila kena pakaian memang susah nak tanggal.
Sekarang ini sudah tidak adalagi pokok gajus di sana semuanya ditebang dan dijadikan padang bolasepak. Bila aku balik kampung dan melalui padang bola ini,nostalgia silam mula bermain-main dalam kepalaku dan di situlah juga aku sering bertumbuk dengan rakan sekelasku
Aku sebenarnya menjadi mangsa buli mereka kerana pertamanya aku ni orang pulau yang dianggab macam keluar dari hutan. Memang pun kampungku jauh terpencil menyeberangi laut dan tak ada kemudahan jalanraya api air. Minum air tadahan hujan dari bumbung rumah yang tentunya agak kotor, pernah sekali aku panjat takungan air dari gelung simen dan tengok air di dalamnya ada bangkai tikus kembung.
Masih ku ingat lagi lima pelajar rakan sekelasku ini sangat nakal dari darjah 1 hingga 5 mereka sentiasa memukulku sehingga lebam-lebam. Balik rumah ambil kain tuala masukkan ke mulut,hembuskan kuat-kuat hingga agak panas sikit demahlah dekat tempat yang bengkak. Nak mengadu kat sapa..mak ayah nun jauh di kampung Sg.Keluang.
Lama kelamaan dah agak cerdik sedikit, aku gunakan trick bila nak bertumbuk. mana boleh satu lawan lima tak gentlemen main keronyok. Aku ajak mereka lawan satu lawan satu.Siapa kalah duduk diam-diam tak boleh masuk campur lagi. Bila masuk seorang,sasaranku adalah kepala tengkuk.Dapat sahaja aku peluk kemas sampai menjerit kesakitan dan mengaku kalah barulah aku lepaskan. Panggil lagi seorang begitulah seterusnya hingga sampai kelima tenagaku dah tak kuat,pelukkan pun dah tak berapa bertenaga akhirnya mudahlah aku dikalahkan di sepak di terajang, bengkak-bengkak sana sini terpaksa demah balik dengan kain tuala
Lantaran itu hari ini bila melalui sahaja bekas pokok gajus ditanam dan di bawahnya tempat aku bergaduh,aku tersenyum sendirian, sejarah tidak akan berulang kembali dan pokok gajus di mana kau berada...Aduhai gajus, apakah kau juga akan dilupakan seperti banyak orang Islam melupakan ajaran Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan