Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 3 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah - selasa 3 Ogos 2010


Hari ini rasa letih sangat-sangat. Sampai di rumah jam 6.30 petang tak sempat nak mandi bergegas ke Sg.Kerang untuk kuliah maghrib di suaru Sg.Kerang lebih kuarng 38 Kilometer dari Taiping.Sampai ngam-ngam masuk solat maghrib.Rasa semangat sikit tengok jamaah pengajian agak ramai sedang menunggu alhamdulillah.
Kuliah maghrib dgn kitab "Penyakit Umat Islam -karangan Dr Sayid Muhd Nuh" menyentuh dalam bab "FUTUR"
Futur bermaksud terputus,dulu rajin,bersemangat tiba-tiba tersangkut jadi malas,lemah tak bermaya nak beribadah itulah ciri-ciri futur.
Selepas kuliah dan solat Isya,pimpin bacaan tahlil dan doa aruah kemudian adalah sedikit jamuan nasi. Rasa berselera sungguh makan,lama dah tak makan dalam talam kongsi satu talam 3 orang. lauk udang laut besar kalau di Pasar Taiping mau 32 ringgit sekilo.Ust Yahya Nuri (adik)pun ada juga tak perasan.Tak sempat nak ziarah mak di Bt hampar Dalam(baru saja ziarah)terus balik Taiping sampai jam 11 malam.Zaujah bagi tahu anak (Asyraf) yang berada di UniKL dlm persediaan ke Perancis dah dapat biasiswa kalau tak silap RM 2.500 syukur ya Ilahi.
Dalam kesyunyian malam aku masih mengadap laptop untuk mengisi bahan dalam blogku mudah-mudahan esok masih ada untuk diriku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan