Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 1 Ogos 2010

Bersyukurlah.....




Bersyukurnya,dianugerahkan anggota badan yang sempurna,tiada cacat cela..terasa,betapa tersangat berdosa diri ini,tidak mensyukuri segala pemberian serta anugerah dariNya.
Pemuda diatas,diberi nama Ibrahim Nasser,berasal dari Bahrain.
Lumpuh sepenuhnya sejak beliau lahir,hanya mampu menggerakkan jari jemarinya dan kepalanya...Bahkan,pernafasannya dibantu alat sokongan pernafasan.
Ibrahim Nasser,mengagumi seseorang,Syeikh Nabeel Al-'Iwadi,seorang ulama' dari Kuwait...
Beliau (Ibrahim) menanam hasrat untuk berjumpa serta bertemu dengan Syeikh Nabeel...
Akhirnya,ayah Ibrahim,memohon Syeikh Nabeel untuk menunaikan hajat anakandanya...
Terpancar kegembiraan di wajah Ibrahim,tatkala melihat seorang ulama' yang dikaguminya,yang dihajatinya untuk ketemu...
Syeikh Nabeel bersama Ibrahim,sama-sama berkongsi pendapat mengenai Dakwah menerusi internet...
Dalam perbualan mereka,Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan kepada Ibrahim,Seandainya beliau sihat sehingga dapat berjalan apakah yang akan dilakukannya" Pertanyaan ini membuatkan Ibrahim menangis bercucuran air mata...mengenangkan segala kepedihan dalam hidup beliau...
Syeikh Nabeel mengelap airmata Ibrahim.Dengan esakkan tangisan Ibrahim menjawab "saya akan tunaikan solat di Masjid dan akan saya gunakan nikmat kesihatan sepenuhnya untuk mentaati perintah Allah' ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar yang mendengar jawapan ini turut turut menangis.

Subhanallah!!!
Inilah keinginan seorang yang lumpuh,cacat...

KITA!!!
Sempurna dan sihat walafiat...tapi
tidak mampu melangkah kaki,walaupun Masjid beberapa langkah sagaja dari rumah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan