Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 29 Julai 2010

Untungnya jadi ustaz.....

Hidup sebagai guru agama atau dipanggil ustaz tidaklah glamor seperti mana kehidupan seorang artis. Apatahlagi seperti saya seorang yang bukan bertaraf ulamak, atau Tok-tok Guru yang mempunyai kehebatan ilmu,kefasihan berbicara berkarisma dan mempunyai pengikut yang ramai.

Saya adalah dalam kategori ustaz amatur di bawah amatur. Kita tidak minta dihormati atau disanjungi tetapi prinsip yang tersemat di hati saya KITA AKAN DIMULIAKAN OLEH MAKHLUK DI BUMI DAN DI LANGIT SEKIRANYA KITA MEMULIAKAN AGAMA ALLAH.

Allah akan tolong kita sekiranya kita menolong agama Allah. Sedikit pengalaman yang ingin dikonsikan. Saya ada pengajian bulanan di Kg Perak Anak Kurau.Setiap kali ke sana ada sahaja ole-ole yang dibekalkan oleh jamaah pengajian untuk di bawa pulang. Pisang, ubi bermacam-macam ulaman tersedia untuk diisi dibonet kereta.

Hati kecil saya sentiasa berbisik ya Allah mulianya hati hamba-hambamu ini, pemurahnya mereka ini walau hidup mereka amat sederhana pendapatan jual getah pisang buah pinang, naik motor kapcai brek pun tahan kaki jee.. tapi hati mereka mulia. Mereka amat gembira jika pemberian mereka diterima.

Baru-baru ini sekali lagi saya ke sana. Apatah lagi kena pula musim durian. Durian Batu Kurau memang terkenal seantero Malaysia. Setiap jemaah pengajian bawalah sebiji dua buah durian yang terbaik. Orang utara kata durian kucin tidoq.Satu pangsa satu ulas saja. Saya memang tak boleh makan banyak tetapi kali ini satu biji boleh habis sekali hadap. Separuh bonet juga dibuatnya...hai murahnya rezki..Tu pun ramai yang tak minat jadi ustaz pasai apa...?

Saya tanya murid saya dalam 40 orang " siapa yang minat jadi ustaz?" Sorang pun tak nak.. Nak jadi doktorlah.. arkitek,pilotlah yang peliknya ada seorang murid tu beria-ia nak jadi komunis. Kepala masam betoi..

2 ulasan:

  1. Ada kawan sorang nama Ustaz Man tapi cikgu muzik tu..

    BalasPadam
  2. tima kasih ustaz kerana kenduri durian dalam stor

    BalasPadam