Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 31 Julai 2010

Durian Oh durian




Buah durian semakin murah. Dulu pemilik dusun durian boleh makan setahun hasil jualan durian. Banyak keluhan yang saya dengar dari pemilik dusun durian sekarang. Malam ini (sabtu) saya dijamu lagi dengan durian di Masjid Felda Ijok selepas kuliah.Hai hari-hari makan durian takut juga darah tinggi naik. Nak kena minta nasihat Tuan Syed sebab dia pakar dalam bidang ubat-ubatan. Seorang pemilik kebun durian pernah berkata "Saya bawa turun durian dari bukit,bukan main seksa lagi,lepas tu saya jual sendiri satu longgok (Dlm 4 ke 5 biji) 5 ringgit sahaja murah laa tu.. tapi depa tawar lagi ada ka patut." Saya jawab "memang tak patut" Prihatinlah sikit wahai pembeli nasib yang menimpa pemilik dusun durian sekarang habis kalau buat ditebangnya durian ganti dengan sawit orang kedah kata melahaklah kita...Tak kan nak makan buah sawit kut melampau betoi
Satu durian lagi confirm hangpa tak pernah rasa tapi aku dah pernah rasa. Namanya durian isi merah. Rasanya pula rahsialah kena sembang one by one

Tiada ulasan:

Catat Ulasan