Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 21 Julai 2010

Yahudi Bangsa Yang dilaknat Allah


Ada satu kejadian yang berlaku di Israel pada tahun 1967, setelah mereka berjaya menawan Al Aqsa. Menteri pertahanan Israel pada masa itu, Monshe Dayan, pergi melawat salah satu tempat yang baru mereka tawan.

Ada seorang budak muda di situ yang melaungkan kepada Moshe Dayan bahawa mereka akan melawan dan mengalahkan Israel. Lalu dijawab oleh Moshe Dayan, “Bukanlah kami tidak mempercayai Nabi kamu, tetapi bukan kamu yang akan kalahkan kami.” Maksudnya, orang-orang Palestin sahaja tidak akan dapat mengalahkan Israel, tetapi orang-orang Islamlah yang akan dapat mengalahkan mereka kelak, Insha ALLAH.

Para mufassirin dahulu tidak ada yang meramalkan bahawa yahudi akan naik kembali setelah mereka dikalahkan oleh orang-orang Islam. Mereka menafsirkan ayat yang mengatakan yahudi akan berkuasa dua kali dan kemudian dikalahkan itu sebagai, yang pertamanya, ketika Babylon menyerang orang-orang yahudi dan menawan tiga puak yahudi (daripada 12 puak) dan membawa mereka ke Babylon. Kali kedua pula menurut mereka adalah ketika Babylon atau Rom memusnahkan Palestin. Tidak pernah terfikir oleh mereka bahawa Islam akan dijatuhkan setelah ia naik untuk kali pertamanya dan yahudi akan dapat menguasai Palestin kembali.

Tetapi para mufassirin sekarang berpendapat bahawa kali pertama yahudi berkuasa itu adalah ketika sebelum kenaikan Islam di Madinah dahulu dan kali keduanya ialah sekarang dan InsyaAllah kitalah yang akan memusnahkan mereka pada kali ini seperti yang telah disebut di dalam hadith Rasulullah (saw) itu tadi.

Yahudi, Babylon dan Palestin
Tentera Babylon menyerang Palestin pertama kalinya pada 1600 BC. Mereka menawan tiga daripada dua belas puak yahudi yang ada dan membawa mereka balik ke Babylon untuk dijadikan sebagai hamba. Tiga puak ini telah lenyap dan tidak diketahui ke mana hilangnya mereka.

Kemudian, pada 600 BC, seorang lagi pemimpin Babylon menyerang Palestin dan menawan sembilan puak lagi yang ada. Mereka juga dibawa ke Babylon untuk dijadikan hamba. Tetapi pada kali ini mereka cuba menjaga diri mereka agar mereka tidak lenyap seperti tiga puak yang terdahulu itu. Lalu mereka pun menubuhkan kumpulan rahsia mereka dan rabbi-rabbi mereka mula menulis Talmud dan sebagainya.

Tidak lama kemudian, Babylon ditawan oleh Parsi. Raja Parsi yang memerintah telah memberikan kebebasan kepada puak-puak yahudi itu dan mereka dibenarkan untuk pulang ke Palestin. Kebanyakan dari mereka telah enggan dan memilih untuk menetap di Babylon. Hanya sebahagian yang kecil sahaja telah pulang ke Palestin. Oleh kerana itulah sebahagian besar dari orang-orang yahudi menganggap Babylon sebagai salah satu dari bandar suci mereka.

Pada permulaan abad ini ketika mereka hendak memilih satu negeri untuk dikumpulkan semua yahudi yang ada, ramai yahudi yang mahukan supaya Babylon (Iraq) dipilih sebagai negeri mereka. Dan US melantik seorang yahudi sebagai dutanya di Istanbul yang mana tugasnya ialah untuk memastikan bahawa Babylon diberikan kepada yahudi. Bahkan mereka juga ada beberapa orang yahudi (Freemason) di dalam parlimen Turki (’Othmaniah) yang ditugaskan untuk memujuk khalifah agar memberikan Babylon kepada yahudi. Tetapi permintaan mereka itu telah ditolak oleh kerajaan ‘Othmaniah. Bagaimanapun, mereka kemudiannya mendapati adalah lebih senang untuk mendapatkan Palestin berbanding dengan Babylon. Tetapi sebahagian mereka masih lagi berhasrat untuk mendapatkan Babylon sebagai negeri mereka.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Yang hairan tu ada pulak orang Islam yang mintak nasihat yahudi..

    BalasPadam